Labels

Friday, December 5, 2014

7 TIPS PEMAKANAN SIHAT



Alhamdulillah. Masih lagi diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini.

Di doakan pembaca semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk hari ini dan hari mendatang.

Adakah anda menjaga pemakanan anda setiap hari? Ramai di antara kita bekerja dan tidak mempedulikan jadual pemakanan mereka yang betul. Makan tidak megira waktu ataupun ada juga yang tidak makan dek kerana terlalu sibuk dengan tugas di pejabat.

Tahukah anda bahawa para jutawan sangat menitik beratkan pemakanan yang sihat.

"Kesihatan merupakan salah satu kekayaan kepada kehidupan seorang jutawan"

Ye lah kan. Kalau tidak mempunyai kesihatan yang baik, bagaimana nak jadi seorang jutawan?


KERUGIAN SEKIRANYA TUBUH TIDAK SIHAT

  1. Tidak dapat memberikan tumpuan pada pekerjaan yang menyebabkan prestasi menurun.
  2. Sekiranya kesihatan semakin teruk, terpaksa mengambil cuti sakit.
  3. Minda tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menghasilkan idea-idea yang bernas.
  4. Tidak dapat berfikir dengan baik tatkala perlu membuat sesuatu keputusan penting.
  5. Kerugian dalam perniagaan kerana prestasi yang menurun.


Diet seimbang sangat penting dan harus dititik beratkan. Secara purata, kaum lelaki memerlukan lingkungan 2500 kalori sehari, manakala kaum wanita pula dalam lingkungan 2000 kalori sehari.


7 TIPS PEMAKANAN SIHAT

Nutrien yang cukup amat penting dalam pemakanan kita setiap hari. Saya kongsikan 7 tips mudah untuk adan di sini.

1. Makanan Berkanji


Kanji mempunyai serat yang tinggi dan boleh memberikan kita rasa kenyang yang lama. Hanya ambil 1/3 daripada pemakanan harian. 
Contoh makanan berkanji: nasi, kentang, bijirin, pasta dan roti. 
2. Makan Sayuran & Buah-buahan

Sayuran dan Buah-buahan merupakan pelengkap nutiri seharian kita. Ia mempunyai pelbagai sumber nutrisi. Boleh dimakan seberapa banyak sekali pun.
3. Makan Ikan

Protein juga penting dalam diet seimbang. Ikan mengandungi vitamin serta mineral yang tinggi. Antara nutrisi yang terkandung dalam ikan ialah Omega-3 yang dapat membantu mencegah masalah sakit jantung. 
Pilihlah ikan yang segar bagi mengelakkan bahan pengawet yang terkandung di dalam ikan segera di dalam tin.
4. Kurangkan Gula
Tahukah anda? Penyakit yang paling popular di Malaysia ialah diabetis ataupun kencing manis. Pengambilan gula secara berlebihan akan memudaratkan kesihatan kita.
5. Kurangkan Garam

Tambahkan garam secukup rasa ke dalam makanan. Jika berlebihan, boleh menjadi penyumbang kepada penyakit darah tinggi. Kurangkan garam dalam masakan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita.
6. Jangan Kehausan

Keperluan air dalam badan adalah 1 liter bagi setiap 25kg berat badan. Badan kita akan mengalami dehidrasi (kekeringan) sekiranya kurang pengambilan air pada hari itu. Pastikan kita minum air yang mencukupi secara berkala setiap hari.
7. Sarapan Pagi
Sarapan perlu di ambil setiap pagi kerana sarapan merupakan sumber tenaga pertama yang akan dihadam oleh tubuh badan. Oleh itu, pastikan anda mengambil sarapan yang dilengkapi dengan diet pemakanan yang sihat. 

Selain daripada penjagaan makan yang baik, kecergasan tubuh badan juga perlu dilakukan se[erti berlari, berenang, berbasikal dan lain-lain untuk mengeluarkan peluh.

Apabila kita bergerak aktif, proses penghadaman akan lebih cepat berlaku dan membantu penerimaan nutrient daripada pemakanan kita.

Jadi, sama-sama kita menjaga pemakanan dan kecergasan badan agar kita sentiasa kekal cergas dan sihat. Jom amalkan gaya hidup sihat! :)


"Kesihatan merupakan salah satu kekayaan kepada kehidupan seorang jutawan."



Sumber rujukan: AO Tribe Edisi Jun 2014 






Saturday, November 8, 2014

10 SEBAB MEALSHAKES PERLU UNTUK ANAK KITA


Saya doakan pembaca blog ibu-humaira semua sentiasa di bawah payungan rahmat Ilahi. Kaya dan berjaya dunia dan akhirat. 

Anak saya Ikram dan Umar adalah antara kanak-kanak yang mengambil Mealshakes setiap hari. Dan hasilnya Alhamdulillah mereka semakin sihat dan jarang dijangkiti demam, batuk dan selsema. Sembelit jugak semakin pulih.

Sangat mudah untuk menyediakan Mealshakes untuk mereka setiap hari. Hanya campurkan 1 sudu kecil ke dalam susu mereka setiap pagi untuk melengkapkan nutrisi seharian mereka. 




Banyak sebab mengapa saya memilih Mealshakes untuk anak-anak saya. Ye lah kan, ibu mana yang tak nak tengok anak sihat sentiasa. Ini merupakan salah satu usaha saya supaya mereka sentiasa mendapat cukup zat dan kekal sihat sepanjang hari.

Jangan salah faham ye. Mealshakes ni bukan hanya untuk kanak-kanak. Tetapi jugak untuk seisi keluarga. Sangat sesuai bagi mereka yang jenis susah nak telan pil.

Hari ni saya nak kongsi 10 SEBAB MEALSHAKES PERLU UNTUK ANAK KITA.


Ramai kanak-kanak yang memilih makanan. Paling susah nak paksa makan mestilah sayur kan. Kadang-kadang lauk pun memilih. Mana lah nak dapat zat yang sepenuhnya daripada pemakanan harian.

Bukan setakat kanak-kanak, warga emas juga  bila dah sampai umur 60-an ada yang selera makin berkurangan. Jadi, sangat sesuai untuk mengambil Mealshakes ni bagi memastikan mereka mendapat khasiat yang secukupnya.



SEBAB 1 : KARBOHIDRAT

Kandungan karbohidrat dengan kandungan Glisemil Indeks Rendah  dapat mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Sesuailah dengan aktiviti harian anak-anak kita yang sangat padat. Pagi ke sekolah kebangsaan, tengah hari ke sekolah agama, petang bersukan. 


SEBAB 2 : PROTEIN

Mealshakes kaya dengan protin yang lengkap dengan 9 amino acids dan tidak mengandungi laktosa. Kelebihannya adalah dapat membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.


SEBAB 3 : VITAMIN A, C DAN E

Kandungan vitamin-vitamin ini adalah sebagai agen anti-oksida yang bertindak untuk melawan jangkitan, mengekalkan kesihatan kulit dan memperbaiki sel-sel badan. Apabila cukup nutrisi, kanak-kanak tidak mudah terkena masalah kulit sensitif dan sel-sel baru pada badan tumbuh dengan baik.


SEBAB 4 : SERAT

Kaya dengan serat yang membantu sistem penghadaman mereka. Ada sesetengah kanak-kanak yang susah nak minum air kosong. Mau nya tak sembelit kan? Jadi, dengan pengambilan Melshakes setiap hari, InsyaAllah dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah sembelit. 


SEBAB 5 : VITAMIN B

Vitamin B dapat membantu pelajar lebih fokus pada pelajaran mereka. Siapa yang nak anak yang lemau dan tidak bermaya semasa belajar kan? 

Jadi Mealshakes merupakan pilihan yang tepat untuk anda yang mempunyai anak-anak yang sedang belajar supaya mereka dapat memberikan perhatian sepenuhnya ke arah menjadi pelajar cemerlang. 

Selain itu ia juga dapat memelihara kesihatan sistem saraf.


SEBAB 6 : SODIUM DAN MAGNESIUM

Aktiviti harian yang padat tambahan di luar rumah dengan cuaca yang panas menjadikan kanak-kanak berpeluh dan kehilangan banyak air. Sodium dan magnesium dapat membantu keseimbangan cecair dalam badan supaya kurang rasa letih. 


SEBAB 7 : VITAMIN C

Vitamin C perlu untuk kesihatan gusi, gigi, kulit dan untuk menetang infeksi kuman. Anak-anak yang kerap dema, batuk dan selsema jugak sangat bangus amalkan Mealshakes untuk mencegah dan mempercepatkan pemulihan.


SEBAB 7 : VITAMIN A

Vitamin A ni untuk kesihatan mata. Kalau tak dijaga dari awal, kecil-kecil dah nak kena pakai cermin mata. Lebih baik di elak sebelum terkena kan?


SEBAB 9 : KALSIUM DAN VITAMIN D

Kanak-kanak yang sedang membesar memang memerlukan untuk kesihatan dan pembentukkan gigi dan tulang. 


SEBAB 10 : IRON DAN B12

Ada tak anak-anak anda selalu letih dan pucat? Hati-hati ye. Takut takut terkena anemia yang mana kekurangan sel darah merah, Iron dan B12 di dalam Mealshakes perlu untuk pembinaan sel darah merah di dalam badan.


10 sebab dan sedikit penerangan kenapa Mealshakes perlu untuk anak kita. 

Jadi ibu harus buat pilihan yang bijak untuk kesihatan anak-anak :)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk mendapatkan produk ini atau produk Shaklee yang lain? Boleh hubungi saya melalui :

Facebook: Rozaida Ahmad
SMS/Whatsapp: 012-561 0924
email: idahiryns@gmail.com


*Free consultation*
*Affordable Price*
*Business Opportunity with SHAKLEE*
*Jana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan Shaklee... 2, 3, 4, 5 angka....anda yang tentukan :)






Thursday, October 9, 2014

MUMMY AND ME!! DOUBLE HAPPINESS!


Saya doakan pembaca blog ibu-humaira semua sentiasa di bawah payungan rahmat Ilahi. Kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Oktober sudah masuk minggu ke dua. Promosi ESP dan Mealshake masih berjalan sehingga 31 Oktober ini,

Promo ESP kembali. BUY 6 FREE 1!! Pertama kali dalam sejarah Shaklee bagi promo ESP 2 KALI setahun. Kadang-kadang lebih setahun baru jumpa balik promo ni.


Promosi ESP - BUY 6 FREE 1

Manakala promosi MEALSHAKE pula promosi dalam sejarah BUY 3 FREE 1 selama 2 bulan!

Promosi Mealshake BUY 3 FREE 1

Kedua dua jenis suplemen ini WAJIB untuk saya sekeluarga. Saya sebagai ibu yang sedang menyusu sudah pasti ESP menjadi peneman setia supaya susu yang diberikan kepada anak saya berkhasiat sepenuhnya.


MEALSHAKES UNTUK IKRAM DAN UMAR

Mealshakes pula menjadi pelengkap nutrisi anak-anak saya. Dengan izin Allah, Mealshake merupakan perisai anak-anak saya. 

Mealshakes merupakan MULTIVITAMIN dalam bentuk powder. Boleh dibancuh dengan apa juga minuman selain yang berkafein. Boleh juga dibancuh dengan air kosong saja sebab dah ada perisa Vanilla. Sedap! Anak-anak saya memang suka dan tak pernah menolak.  

Muhammad Ikram Thaqif (5 Tahun)
Muhammad Ikram Thaqif (5 Tahun) 

Setiap pagi wajib sediakan Kokomin (koko pracampur madu dan kurma) ditambah dengan Mealshakes sebelum ke sekolah. Supaya di sekolah Ikram tidak 'lemau' dan dapat tumpukan perhatian pada pelajaran.

Alhamdulillah, sejak konsisten minum Mealshakes, Ikram sentiasa sihat. Dah lama tak demam.

Cuma Ikram jenis yang kerap bersin dan akan berair hidung. So saya akan pastikan Ikram ambil Chewable Vitamin C jugak. Alhamdulillah, dengan izin Allah, bila konsisten tiada lagi masalah tu :)
Muhammad Umar Qayyim (1 Tahun 8 bulan)

Muhammad Umar Qayyim (1 Tahun 8 bulan)
Untuk Umar pulak, memandangkan dia dah tak menyusu, saya akan campur setengah susu Mealshakes setiap hari ke dalam susu formula Umar.

Umar agak memilih makanan. Memang susah nak makan nasi. Jadi, untuk memenuhi nutrisi harian Umar, saya pilih Mealshakes.

Alhamdulillah, Umar juga jarang demam.



Sangat rugi kalau tak ambil peluang ni untuk stok sendiri sebab ESP dah jadi teman setia dan Mealshake juga sebagai pelengkap nutrisi anak-anak saya ;)

Sebagai ibu, haruslah mengambil berat tentang kesihatan anak-anak. Bak kata pepatah:

                                            "Mencegah lebih baik dari mengubati"

Itu lah yang saya amalkan untuk kami sekeluarga. Dengan izin Allah dan Shaklee sebagai asbab kesihatan kami yang baik. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk mendapatkan produk ini atau produk Shaklee yang lain? Boleh hubungi saya melalui :

Facebook: Rozaida Ahmad
SMS/Whatsapp: 012-561 0924
email: idahiryns@gmail.com


*Free consultation*
*Affordable Price*
*Business Opportunity with SHAKLEE*
*Jana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan Shaklee... 2, 3, 4, 5 angka....anda yang tentukan :)


Sunday, September 28, 2014

Free Webinar: Make RM1,000 Online Part Time from Home!



Adakah anda ingin tahu rahsia untuk " Buat RM1,000 Part Time dari Rumah "?


Sertai webinar percuma ini sekarang :



Dalam webinar ini anda akan menemui tips rahsia untuk membuat wang secara autopilot dengan "affiliate marketing ".


Ia terhad kepada 100 orang sahaja Jadi pastikan anda mendaftar sekarang.


Anda hanya memerlukan komputer / laptop untuk menyertai webinar ini. 

Tiada perisian lain yang diperlukan , tidak ada kemahiran teknikal yang diperlukan .



Daftar untuk FREE sekarang di laman web ini:




Friday, September 26, 2014

7 PESANAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY KEPADA USAHAWAN MUSLIM



Saya doakan pembaca blog ibu-humaira semua sentiasa di bawah payungan rahmat Ilahi. Kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Hari ni saya nak kongsikan dengan anda pesanan usahawan termashyur di negara kita iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Bagaimana beliau boleh berjaya dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip ini.

BIODATA TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

Sebelum tu jom kita lihat biodata beliau secara ringkas.





7 PESANAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY 

Berikut adalah 7 pesanan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kepada usahawan



1. Fokus Kepada Satu Perniagaan Sebelum Kembangkannya


Apabila memulakan sesuatu perniagaan, fokus kepada perniagaan tersebut sehingga betul-betul maju dan berjaya. Kemudian barulah berfikir untuk mengembangkan ataupun menceburi bidang pernigaan yang lain.

Ini adalah kerana apabial perniagaan yang baru diceburi itu tidak maju, kita boleh berpatah balik kepada perniagaan pertama kita.

“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah”
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 

2. Kejayaan Perlukan Masa


Jangan mengharapkan kejayaan dalam jangka masa yang singkat. Setiap usaha ke arah kejayaan memerlukan masa yang panjang untuk berjaya.

Apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. 

“Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” 
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 
3. Jangan Putus Asa


Jangan mudah putus asa. Setiap perniagaan, kecil atau besar mempunyai cabaran, dugaan dan masalah tersendiri. Daripada situ jatuh bangunnya setiap pernigaan. Sekiranya kita tidak yakin dan mudah putus asa, pernigaan kita tidak akan ke mana.
"Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan."
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 
4. Jangan Sekadar Mengharap Dibantu


Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.

Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.

“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” 
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 

5. Yakin Dengan Diri Sendiri


Ramai usahawan yang jatuh bukan kerana mereka tidak bagus. Tetapi mereka tidak yakin dengan diri sendiri. 

"Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin, Allah akan permudahkan urusan kita."
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 

6. Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri


Beliau merupakan seorang usahawan yang banyak membantu masyarakat dengan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka. 

“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan”
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 

Setiap usahawan perlu berfikir bahawa pernigaan yang kita jalankan bukan hanya untuk kepentingan diri kita dan keluarga sahaja. Tetapi juga demi membantu masyarakat sekeliling yang memerlukan,


7. Usahawan Islam Ada Akhirat


Setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia dan akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.

“Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha”
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUMUSAN

Usahawan Muslim seharusnya mencontohi sifat-sifat yang ada pada beliau. Dengan apa yang beliau amalkan menjadikan beliau seorang Jutawan Muslim yang disegani ramai.

Jom kita sama-sama muhasabah diri agar dapat melaksanakan dan menerapkan setiap pesanan beliau dalam diri kita supaya kita juga akan berjaya seperti beliau.

Yang paling penting dan perlu ditekankan ialah, sebagai usahawan Muslim, kita perlulah utamakan Pencipta kita, yakin dengan kebolehan diri sendiri dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan perniagaan kita.

Perlu juga diingatkan, setiap rezeki yang kita dapat hasil dari perniagaan kita itu terselit hak orang lain yang perlu kita agih-agihkan. Dari situ perniagaan akan berkembang. Allah dah janjikan ganjaran bagi mereka yang bersedekah.

Berusaha, berusaha dan terus berusaha. Kejayaan perlukan masa. Jangan mudah putus asa. Peniagaan ibarat menanam padi. Bila sampai masanya pasti akan menuai hasil tanaman kita.

Semoga bermanfaat kepada anda.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan E-book Motivasi Usahawan ini selagi ianya masih PERCUMA!!




Sila Like dan Share artikel ini jika anda rasa ianya memberi inspirasi kepada keluarga dan sahabat anda. Terima kasih :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...