Assalamu'alaikum...
Artikel kali ni mengenai kepentingan vitamin dan mineral kepada ibu-ibu yang meyusukan bayi. Vitamin dan mineral bukanlah hanya penting kepada ibu hamil sahaja, ianya juga penting sepanjang tempoh penyusuan. Artikel yang dilampirkan menerangkan sejauh mana kepentingannya kepada kita. Saya akan menerangkan secara ringkas mengenai apa yang diterangkan di dalam artikel ini.

Ketika hamil, pihak klinik ataupun hospital akan membekalkan
ibu hami dengan multivitamin khas untuk ibu hamil (biasanya Obimin). Ibu-ibu perlu
mengambil vitamin ini setiap hari bagi memastikan tahap kesihatan diri dan bayi
dalam keadaan yang memuaskan.
Secara logiknya, ketika hamil, kita mengamalkan
supplemen-supplemen tertentu disamping pemakanan yang sihat bagi memastikan
bayi di dalam kandungai mendapat segala zat yang sepatutnya selain membesar
dengan sihat. Begitu juga pentingnya kita mengamalkan rutin yang sama semasa
menyusukan bayi tersebut. Mereka juga memerlukan nutrient-nutrien sihat melalui
susu ibu.
Ramai yang menganggap pengambilan supplemen semasa menyusu
hanya untuk memperbanyakkan susu. Sebenarnya, tujuan pengambilan supplemen
disamping pemakanan yang sihat adalah bagi menghasilkan susu yang penuh nutrisi
dan penuh khasiat ynag optimum.
Proses menyusukan bayi memerlukan nutrient yang banyak.
Jadi, sangat penting ibu-ibu mengambil supplemen tambahan untuk melengkapkan
zat pemakanan mereka bagi menjayakan penyusuan ekslusif dan berkhasiat.
Facebook: Rozaida Ahmad
0 comments:
Post a Comment