Labels

Saturday, January 25, 2014

Pengalaman Menyertai AMP2014

Assalamu'alaikum...

Agak terlewat saya nak share pengalaman saya... tapi tak pa...biar lambat daripada tak buat kan? Untuk pengetahuan semua, saya menghariri Seminar Advance Marketing Power 2014 pada 17hb-19hb Januari 2014 di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC) Mines, Serdang.



Al-kisah nak dijadikan cerita macam mana boleh join AMP ni...4 Januari yang lalu, saya, suami dan adik ipar hadir ke seminar Dr Azizan yang di adakan di Berjaya Time Square secara percuma. Jenuh jugak la nak memujuk cik abang ikut sama...at last... berjaya jugak...bukan apa... bila dia ada sama...at least dia boleh nampak apa yg kita dapat daripada perkongsian Dr Azizan. Daripada situ lah dapat permission nak join AMP ni... macam tak percaya pon ada jugak...tp dah dapat greenlight...tunggu apa lagi... terus register dan bayar deposit. Alhamdulillah... adik ipar yang ikot sama pon memberi sokongan... thanks adik ;)

3hari 2malam yang sangat bermakna!! Sangat penat memandangkan tengah hamil anak ke-3 33 minggu masa tu...anak ke dua pulak baru 11bulan...memang umur-umur yang memerlukan perhatian siang malam... Tapi, demi menimba ilmu daripada Mentor Usahawan Terbaik Asia, saya gagahkan juga... Alhamdulillah... berjaya menghabiskan seminar ni dengan izin Allah dan dengan bantuan supplemen yang saya ambil...  :) thanx Shaklee ;) Alhamdulillah...pergi dan balik daripada seminar memang akan dihantar dan dijemput oleh suami... kalau takkkk...memang bertambah-tambah letih la nampak gayanya dengan jammed yang panjang selepas habis seminar... tapi DAO cakap... sepanjang hidup ni kita dah jammed kan diri kita dengan tak berjaya...takkan jammed yang sejam dua pon nak bising kan...hehehe

Credit to our group member for sharing this pic. 


Lebih daripada 5000 peserta dari seluruh pelusuk negara termasuk Indonesia dan Singapura turun ke MIECC untuk merasai sendiri pengalaman menghadiri AMP ni... apa yang boleh saya cakap... LUAR BIASA THORRRRRBAIK!! Tak di nafikan memang beliau metor no 1 asia di dalam dunia usahawan. 

Hari Pertama Intensif AMP@MIECC: Waktu Rehat untuk beri laluan makan tengahari & solat jumaat!


Banyak perkongsian yang kami semua dapat... antaranya strategi pemasaran, tips pemasaran, idea pemasaran, 'dosa' dalam berniaga, cara menangani masalah dan solve masalah dan macam-macam lagi. Di samping tu... Dr Azizan tak henti-henti menekankan aspek kerohanian kepada kami semua...



Malam ke-2, melalui slot 'Hot Seat', kami dikongsikan dengan cerita pengalaman 14 orang anak murid beliau yang telah berjaya setelah menghadiri seminar-seminar beliau... sangat teruja bila mendengar kisah-kisah meraka... semuanya bermula dari zaman kejatuhan.. dan naik sedikit demi sedikit selepas mendapat dan menyedut ilmu daripada DAO...saya berharap...satu hari nanti, saya juga akan menjadi seperti mereka...

Mentor Usahawan Thorrrbaikkkk Asia!

 Untuk berjaya, banyak perkara yang perlu dikorbankan...insyaAllah i;m working for it. "Fast Action, Fast Result". Saya sangat-sangat berterima kasih kepada Dr Azizan dia atas segala ilmu dan tunjuk ajar beliau kepada kami... saya mendoakan semua perserta AMP2014 kaya dan berjaya... aminnnnn!! :)







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...