Labels

Wednesday, January 29, 2014

Usaha Dengan Set Kesuburan Shaklee

Assalamu'alaikum...

Ramai di kalangan kita yang sebenarnya sudah berkahwin tetapi lambat dikurniakan cahaya mata. Malah, ada yang bertahun-tahun masih belum diberi rezeki untuk hamil oleh Allah. Perancangan Dia adalah yang terbaik. Tetapi...adakah kita berputus asa??

Banyak faktor yang menyumbang kepada ketidak suburan seseorang ataupun yang menjadi penyumbang kepada kesukaran untuk hamil.

FAKTOR KETIDAK SUBURAN
  1. Ovulasi - pengeluaran telur daripada ovari adalah rendah atau tiada langsung. 
  2. Berat Badan - berat badan yang berlebihan atau berkurangan juga salah satu faktor. Doktor juga menyarankan agar kita mendapatkan berat badan yang unggul sebelum berusaha untuk hamil.
  3. Masalah sperma - sperma yang dihasilkan tidak cukup, tidak matang ataupun tidak aktif.
  4. Masalah tiub fallopio - tersumbat ataupun dijangkiti kuman.
Pasangan suami isteri disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar bagi mengenalpasti masalah yang mereka alami di dalam mendapatkan zuriat. Setelah itu barulah dapat difikirkan apakah usaha dan langkah terbaik yang perlu di ambil.

Pakar Sakit Puan terkemuka, Dr. Hamid Arshat menasihatkan pasangan mengambil supplemen seperti multivitamin, vitamin E, vitamin C, dan folic asid di samping usaha-usaha yang lain dan bedoa kepada Allah. Ini terbukti apabila ada di kalangan pesakit beliau yang disahkan hamil dengan kuasa Allah setelah mengamalkan supplemen yang diberi.




Saya nak share supplemen Shaklee untuk kesuburan yang boleh diamalkan. Mungkin berkesan untuk anda dan dapat membantu untuk mendapatkan zuriat.

FULL SET (Penjagaan Kesihatan dan Kesuburan)






MEDIUM SET & BUDGET SET






 Sedikit penerangan tentang setiap supplemen dalam set kesuburan Shaklee.


Vitamin Asas

Energising Soy Protein
Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. 

 
Vita-Lea (Multivitamin)
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan kita. Pengambilan Vita-lea dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Sesuai untuk kedua-dua suami dan isteri.

Vitamin C
Berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum. Ia juga membantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen dan progesteron. 

B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6, B12 dan asid folik. Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral. Ia turut memberi tenaga, perasaan tenang dan anti-stress.


Vitamin Kesuburan

GLA Complex (isteri)
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Ian membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat, dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Alfalfa Complex (isteri)
Alfalfa ini bertindak sebagai kacip fatimah disamping membantu wanita yang merasa “sakit ketika bersama”, mengatasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

Vitamin E dan Selenium (suami)
Mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Zinc Complex (suami)
Bagi kaum lelaki, zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu mengekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.


Antara testimoni mereka yang berjaya hamil selepas mengamalkan Set Kesuburan Shaklee:-







Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini. 




Facebook: Rozaida Ahmad
SMS/Whatsapp: 012-5610924
email: idahiryns@gmail.com



*Free consultation*
*Affordable Price*
*Business Opportunity with SHAKLEE*


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...