Labels

Thursday, June 19, 2014

MUDAHNYA BERNIAGA JIKA TAHU CARANYA...




Siapa cakap berniaga tu susah? Susah hanya pada yang banyak beralasan. Bak kata mentor saya, tinggal di 'pulau alasan'....hehehe.

Kenapa saya cakap begitu?? Sekarang ni kita sangat banyak kemudahan. Lagi-lagi kemudahan teknologi.

Dr. Azizan ada cakap, gunakan segala kemudahan teknologi yang ada untuk berniaga. It's FREE! Melainkan bayar monthly internet je la ;).

Antara yang paling top sekarang ni medium Facebook. Selain tu boleh juga gunakan social media yang lain seperti blog, instagram, twitter, email dan sebagainya.



Nak berniaga secara online, kita perlu 'HIDUP' di online. Gunakan semua medium yang ada. Perlu ada kemahuan dan juga kerajinan yang tinggi . Apa maksud hidup di online?? Sangat mudah. Aktifkan semua social media. Kalau belum ada akaun, silalah wujudkan kemudian keep on sharing. Bila ada yang search apa-apa info berkaitan, jika bernasib baik, kita akan termasuk di dalam senarai. Secara tak langsung peluang untuk mendapat pelanggan di alam maya adalah tinggi.



Selain daripada itu, fomula M.E.S.T.I sangat penting dalam dunia perniagaan. Jom kita tengok, apa itu M.E.S.T.I.



  • MATLAMAT & MENTOR

Perlu ada MATLAMAT yang jelas, kenapa kita buat bisnes ni. Tak kiralah apa jenis bisnes sekali pun, perlu ada MENTOR yang sudah berjaya di dalam bidangnya dan juga yang boleh membimbing kita untuk ke arah kejayaan. Duplicate apa yang MENTOR kita dah buat untuk berjaya. InsyaAllah kita akan berjaya. 



  • ELMU (ILMU) & EMOSI

Perlu ada ELMU perniagaan supaya kita tak langgar dinding. Maksudnya, kita mempunyai pengetahuan tentang perniagaan dan bukan main redah berniaga, nanti banyak pulak langgar dinding. Sekarang ni terlalu banyak buku panduan berniaga, ilmu marketing dan sebagainya yang berkaitan. Ataupun boleh juga hadiri program-program untuk usahawan. Tanpa ilmu, masa yang singkat untuk berjaya akan menjadi panjang. Dengan ilmu, akan ada jalan 'shortcut' untuk berjaya. Perlu juga kawal emosi untuk berurusan dengan pelanggan. Sentiasa positifkan minda.



  • SISTEM

Berniaga perlu berSISTEM. Pilih perniagaan yang betul dan bagus. Paling penting, pastikan sistemnya berkesan dan memudahkan. Sistem yang menyusahkan dan tidak teratur akan membuatkan perniagaan kita tidak tahan lama.



  • TINDAKAN

Mentor, Elmu dan Sistem yang bagus sahaja tidak mencukupi jika tiada TINDAKAN. Fast Action Fast Result! Bertindak segera untuk hasil yang pantas dan luar biasa.



  • IMPIAN

Perlu ada IMPIAN yang jelas. Jangan takut berimpian, dengan impian tu la akan menguatkan semangat kita untuk semakin berjaya. Kenapa? Untuk mendapatkan apa yang kita impikan, mestilah berusaha dengan lebih gigih. 'Tanpa impian, mimpi tidak akan menjadi kenyataan'


Semoga dengan tips yang sedikit ni akan memberi semngat kepada anda yang berjinak-jinak nak berniaga ataupun baru nak melangkah ke dalam alam perniagaan. 




Saya doakan anda KAYA dan BERJAYA! Dunia dan akhirat InsyaAllah.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...