Labels

Tuesday, June 24, 2014

URUTAN SEMASA HAMIL


Assalamualaikum wbt.

Apa pandangan anda tentang mengurut semasa hamil? Baik atau buruk?

Dari segi logik dan kebiasaannya, urutan memang baik kerana dapat melegakan kesakitan yang dialami di badan selain melancarkan peredaran darah. Urutan juga mampu mengurangkan stress dan membuatkan kita lebih bertenaga dan segar.


Tetapi bagaimana pula dengan urutan semasa hamil?
Dari segi perubatan, para doktor kurang bersetuju untuk ibu-ibu melakukan urutan semasa kehamilan kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada kehamilan kerana bukan semua tukang urut arif tentang bahagian badan yang tidak sepatutnya diurut ketika hamil.

Lebih membimbangkan urutan dilakukan pada awal usia kehamilan 12 minggu ke bawah kerana dibimbangkan akan menjadi punca keguguran.

Tukang urut yang terlatih dan berpengalaman lazimnya tidak akan mengurut terlalu kuat di bahagian otot paha dan betis kerana darah beku yang terbentuk di situ akan tertanggal dan memasuki saluran darah yang kemudiannya akan membentuk trombs (darah beku) dan menyebabkan serangan jantung.



Perlu diingatkan juga, urutan di bahagian abdomen walaupun secara lembut adalah tidak digalakkan sama sekali kerana boleh merangsang pengecutan rahim dan menyebabkan keguguran.

Selain itu, pergelangan kaki dan pergelangan tangan juga sekiranya diurut mampu merangsang otot-otot di bahagian abdomen dan pelvis yang akan menyebabkan rahim mengecut dan berlaku keguguran juga.

Hmmmm....bahaya juga kan? Jadi ibu-ibu seharusnya memandang berat akan hal-hal urutan ini ketika kehamilan.



KEBAIKAN URUTAN SEMASA HAMIL
  1. Tekanan ketika hamil menyebabkan ibu-ibu mudah letih, tidak bertenaga, mudah marah dan tertekan. Urutan membantu mengurangkan kepekatan norepinephrine dan kortisol yang menjadi punca tubuh mengalami tekanan.
  2. Tubuh akan lebih tenang dan bersemangat kerana urutan yang bagus akan meningkatkan kepekatan hormone dopamine dan serotin. Hormon-hormon yang sama ini juga akan membantu mengurangkan komplikasi ketika dalam proses melahirkan bayi kelak.
  3. Mengurangkan bengkak di bahadian sendi tubuh.
  4. Memperbaiki system ketahanan tubuh bagi melawan penyakit, jangkitan kuman dan virus.
  5. Memperbaiki pola tidur agar dapat tidur dengan lebih nyenyak.
  6. Mengurangkan kesakitan biasa ibu hamil iaitu sakit pinggang dan belakang tanpa perlu mengambil ubat tahan sakit


GOLONGAN BERISIKO BERURUT SEMASA HAMIL

Golongan berikut adalah tidak dibenarkan  untuk berurut sepanjang tempoh kehamilan:-
  • Menghidap tekanan darah tinggi ketika hamil.
  • Pernah melahirkan bayi pramatang.
  • Pernah mengalami keguguran.

APA YANG PERLU TAHU SEBELUM BERURUT?
  • Maklumkan usia kehamilan setiap kali sebelum berurut kepada tukang urut.
  • Maklumkan juga sekiranya terdapat bahagian badan yang sensitif (rasa tidak selesa). Jadi, memerlukan bantak tambahan supaya kekal selesa sepanjang sesi urutan.
  • Jika bau minyak urut terlalu kuat, minta tukang urut hanya menggunakan losyen tanpa pewangi ketika mengurut.
  • Berwaspada sekiranya tukang urut menggunakan minyak pati ketika mengurut ketana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan.
  • Sentiasa ingatkan tukang urut agar melakukan urutan ringan sahaja walaupun dia perlu menekan ke dalam bahagian otot bagi melegakan ketidakselesaan yang dialami.





Sumber Rujukan: Majalah Pa&Ma Julai 2014

Nota: 
Artikel ini adalah sebagai rujukan dan peringatan kepada diri saya sendiri dan juga kepa ibu-ibu hamil di luar sana. Semoga bermanfaat. Sila like dan share sekiranya anda rasakan ianya bermanfaat kepada orang lain juga.








0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...