Saya doakan pembaca blog ibu-humaira semua sentiasa di bawah payungan rahmat Ilahi. Kaya dan berjaya dunia dan akhirat.
Dua hari lepas saya ada posted mengenai kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia sepuluh tahun hilang di Puchong. Alhamdulillah... keesokan harinya ada yang menghantar adik Azfar balik ke rumah. Maklumat ni saya dapat daripada kakak saya yang merupakan kenalan kepada ibu adik Azfar.
Bila dapat tahu berita kehilangan kanak-kanak, macam-macam perasaan timbul, banyak yang bermain di fikiran. Macam mana keadaan budak tu, sedih dan risau si ibu dan sebagainya.
Naluri keibuan semua ibu-ibu pun sama. Ibu mana yang tak sedih, risau bila anak kandungnya hilang daripada jagaan mereka.Kes kehilangan kanak-kanak memang kerap kita dengar dan mungkin ada di antaranya di kalangan orang-orang yang kita kenal.
Zaman sekarang bukan macam zaman dulu-dulu. Sekarang ni keadaan sekeliling kurang selamat hatta di kawasan rumah kita sendiri.
Saya sendiri susah nak lepaskan anak yang berumur 5 tahun untuk ke kedai berdekatan rumah emak dalam kawasan kampung walaupun ditemani sepupu yang lebih dewasa. Dalam kampung ni sendiri dah ada warga asing yang menyewa.
Putera dan puteri kami... Our Pride and Joy |
Bila keluar untuk membeli belah, kami selalunya akan seboleh-bolehnya ajak sesiapa ikut (adik ipar, anak saudara, kakak) untuk tolong tengok-tengokkan anak-anak kami.
Saya sudah pasti akan menjaga si kecil, Aisyah Humaira (6 bulan). Suami pulak akan handle Umar Qayyim (1 tahun 7 bulan). Ikram Thaqif (5 tahun) ni kadang-kadang agak lasak, jadi perlukan perhatian yang lebih.
Biasanya memang ayah mereka yang handle kedua-dua hero ni tapi bila sampai masa untuk memilih apa yang hendak dibeli ni lah memerlukan khidmat bantuan orang lain. Bukan apa, takut terlepas pandang. Faham lah kan macam mana keadaan di pasaraya.
Buat masa sekarang ni, saya dan suami memang tinggal berjauhan. Sepanjang ketiadaan suami, saya memang seboleh-bolehnya tak akan keluar kemana-mana dengan membawa anak-anak melainkan tak perlu keluar dari kereta.
Jika memerlukan saya ke kedai, menghantar barang pelanggan, ke branch dan mengepos barang yang memerlukan saya keluar dari kereta, saya akan tinggalkan anak-anak dengan emak sekejap.
Anak-anak merupakan amanah Allah. Keselamatan mereka tanggungjawab kita.
Setiap apa yang berlaku kadang-kadang di luar kawalan kita. Jadi, sama-sama berdoa dan berusaha supaya perkara begini tidak berlaku di kalangan keluarga dan orang sekeliling kita.
Perlu sedikit bertegas dengan anak-anak dan percayalah anda tidak akan menyesal.
0 comments:
Post a Comment