Assalamu'alaikum...
Saya doakan anda semua sentiasa kaya dan berjaya. Dunia dan akhirat.
[ 04-Mac-2014 ~ 04-September-2014... ]
Alhamdulillah, genap 6 bulan usia Humaira dan genap jugak lah fasa pertama penyusuan susu ibu secara eksklusif. Bersyukur sangat sebab doa saya di perkenankan.
InsyaAllah saya akan teruskan untuk fasa seterusnya dengan izin Allah. Dan yang pasti, saya perlu usaha. Tidak cepat melatah dan tidak mudah putus asa. Doakan saya ye :)
Sepanjang penyusuan eksklusif selama 6 bulan ni, banyak jugak cabarannya. Alhamdulillah dapat diharungi tanpa putus asa.
Saya hanya bekerja dari rumah. Jadi memang rasa sangat rugi dan berdosa kalau tak menggunakan peluang keemasan ni untuk menyusukan bayi sepenuhnya sedangkan saya memang tahu khasiat dan kelebihannya.
TUNTUTAN MENYUSUKAN ANAK
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 233).
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)
SET MENYUSU SHAKLEE BANYAK MEMBANTU
Sejak mengandungkan Humaira lagi memang saya dah amalkan suplemen Shaklee. Memang banyak perbezaannya dengan kehamilan yang lepas.
Boleh baca perkongsian saya mengenai Set Bersalin Shaklee di sini (sila klik). Set Bersalin merangkap Set Menyusu ni set yang sama saya ambik daripada mengandung cuma semasa bersalin saya cuma tambahkan Alfalfa dan Zinc bagi memenuhi naluri keibuan dan tuntutan agama untuk menyusukan Humaira secara eksklusif.
Untuk pengetahuan anda, 2 jenis suplemen paling 'hot' bertindak sebagai MILK BOOSTER di dalam set ini adalah Alfalfa dan jugak Energy Soy Protein yang lebih dikenali sebagai ESP.
Alhamdulillah, apabila mengamalkan Set Menyusu ni, rezeki susu untuk Humaira sentiasa cukup. Suplemen yang lain juga memainkan peranan yang penting untuk membantu saya supaya tidak letih yang menyebabkan susu juga semakin berkurang.
PERANAN SUPLEMEN DALAM SET MENYUSU
Di dalam Set Menyusu Shaklee ni terdapat 8 jenis suplemen. Saya akan terangkan satu persatu fungsi setiap suplemen. Yang pasti saya memang mengamalkan kesemua suplemen ini bukan sahaja untuk membantu menambahkan susu tetapi untuk kekal sihat dan cergas.
- VITALEA (Multivitamin) - Untuk kesihatan & kecergasan badan selepas bersalin supaya kekal cergas dan bertenaga.
- B COMPLEX - Anti stress, terutama bila ibu kurang tidur semasa dalam pantang.
- VITAMIN C - Tingkatkan sistem imunisasi ibu & anak.
- ZINC - Cepatkan penyembuhan luka (terutamanya untuk yang bersalin secara ceaserean). Juga membantu mengurangkan keguguran rambut selepas bersalin.
- ALFAFA - Sebagai milk booster, herba untuk membantu menambahkan penghasilan susu.
- ESP PROTEIN - Dalam susu ibu, komposisi terbesar adalah PROTEIN. Dengan ESP, dapat membantu memekatkan susu ibu agar bayi akan lebih cepat kenyang. Juga membantu untuk kecergasan badan serta kecantikan kulit ibu dan bayi.
- OSTEMATRIX (Calcium & Magnesium) - Kalsium berfungsi untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat, membantu masalah susu merudum ketika haid dan membantu merawat sakit badan dan belakang. Komposisi terbesar dalam susu ibu selepas protein adalah kalsium. Jadi, semua kalsium dlm badan ibu akan disalurkan ke susu untuk bayi. Kalau ibu tidak cukup keperluan kalsium, ibu akan mudah mendapat osteoporosis, sakit-sakit tulang & gigi luruh.
- OMEGAGUARD (DHA) - Untuk pastikan susu ibu cukup keperluan DHA untuk perkembangan otak bayi. Juga membantu membakar lemak agar ibu cepat kurus semula selepas bersalin.
TESTIMONI PENGGUNA SET MENYUSU SHAKLEE
TESTIMONI 1
TESTIMONI 2
TESTIMONI 3
TESTIMONI 4
TESTIMONI 5
DOA BANYAKKAN SUSU IBU
Jom sama-sama kita jayakan misi menyusukan bayi secara ekslusif. Saya doakan usaha ibu-ibu dipermudahkan dan diberkati.
Setiap anak telah ditetapkan rezeki bagi mereka. InsyaAllah kita pasti berjaya! :)
Semoga dengan susu yang diberikan kepada bayi kita menjadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah, taat kepada perintah Allah. Amin...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk mendapatkan produk ini atau produk Shaklee yang lain? Boleh hubungi saya melalui :
Facebook: Rozaida Ahmad
SMS/Whatsapp: 012-561 0924
email: idahiryns@gmail.com
*Free consultation*
*Affordable Price*
*Business Opportunity with SHAKLEE*
email: idahiryns@gmail.com
*Affordable Price*
*Business Opportunity with SHAKLEE*
*Jana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan Shaklee... 2, 3, 4, 5 angka....anda yang tentukan :)
0 comments:
Post a Comment