Labels

Thursday, June 26, 2014

3 FORMULA MUDAH KEKAL CERGAS DI BULAN RAMADAN


Assalamu'alaikum...

Hari ni saya nak kongsikan sikit tentang keperluan makanan tambahan di bulan Ramadhan memandangkan Ramadhan bakal menjengah beberapa hari lagi.

Saya sebagai ibu menyusu sangatlah memerlukan SET MIGHTY 3 GEMS ni bagi membantu membekalkan tenaga dan mengurangkan dehidrasi semasa berpuasa kerana selepas menyusu biasanya ibu-ibu akan cepat berasa lapar dan dahaga.

Dengan itu sedikt sebanyak suplemen ini dapat membantu supaya ibu-ibu menyusu berpuasa dengan penuh bertenaga sepanjang hari tanpa keletihan. Di samping itu, ESP juga adalah sebagai milk booster supaya susu sentiasa meriah dan berkhasiat walaupun berpuasa :)



Basically penjagaan makanan kita setiap hari juga penting sepanjang Ramadhan ini untuk kita kekal bertenaga dan membantu kita untuk berpuasa hingga ke hujung hari tanpa sebarang masalah, InsyaAllah.

Ini juga penting supaya kita juga dapat beramal di waktu malam kerana Ramadhan merupakan bulan ibadah. Jadi, tiada alasan letih dan sebagainya nanti.

PENGAMBILAN MAKANAN YANG SIHAT

1. Makan makanan yang berkhasiat iaitu yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.

2. Lakukan aktiviti fizikil untuk meningkatkan metabolisme.

3. Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak

4. Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.


MAKANAN TAMBAHAN DI BULAN RAMADHAN



SIAPA YANG PERLUKAN MAKANAN TAMBAHAN DI BULAN RAMADHAN?

Basically semua orang perlukannya, tapi yang lebih utama ialah:
  • Ibu hamil - Memberi rasa kenyang dan tenaga sepanjang hari supaya dapat bertahan hingga ke hujung puasa.
  • Ibu menyusu - Ibu menyusu biasanya akan cepat lapar selepas menyusu. Set ini dapat membantu mengenyangkan dan memberi tenaga sepanjang Ramadhan.
  • Gastrik - Membantu mengurangkan keasidan dalam perut seterusnya membantu pesakit gastrik bertahan berpuasa sepenuh hari.
  • Pelajar - Membantu membekalkan tenaga supaya dapat lebih fokus kepada pelajaran.
  • Induvidu yang aktif - Supaya bertenaga dan mengurangkan dehidrasi kerana pengeluaran peluh sepanjang hari dengan aktivit-aktiviti lasak.
  • Bekerja - Membantu membekalkan tenaga supaya dapat lebih fokus kepada kerja di pejabat dan mengurangkan dehidrasi untuk yang bekerja di luar pejabat.
  • Warga tua - Mengurangkan keletihan dan membekalkan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan. 

Suplemen yang saya syorkan di atas dapat membantu membekalkan tenaga dan mengurangkan dehidrasi di samping memberi rasa kenyang. InsyaAllah, dapat membantu kita menjalani ibadah puasa dengan lebih mudah sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Selamat berpuasa dan selamat beribadah :)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk mendapatkan produk ini atau produk Shaklee yang lain? Boleh hubungi saya melalui :

Facebook: Rozaida Ahmad
SMS/Whatsapp: 012-561 0924
email: idahiryns@gmail.com



*Free consultation*
*Affordable Price*
*Business Opportunity with SHAKLEE*
*Jana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan Shaklee... 2, 3, 4, 5 angka....anda yang tentukan :)



Tuesday, June 24, 2014

URUTAN SEMASA HAMIL


Assalamualaikum wbt.

Apa pandangan anda tentang mengurut semasa hamil? Baik atau buruk?

Dari segi logik dan kebiasaannya, urutan memang baik kerana dapat melegakan kesakitan yang dialami di badan selain melancarkan peredaran darah. Urutan juga mampu mengurangkan stress dan membuatkan kita lebih bertenaga dan segar.


Tetapi bagaimana pula dengan urutan semasa hamil?
Dari segi perubatan, para doktor kurang bersetuju untuk ibu-ibu melakukan urutan semasa kehamilan kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada kehamilan kerana bukan semua tukang urut arif tentang bahagian badan yang tidak sepatutnya diurut ketika hamil.

Lebih membimbangkan urutan dilakukan pada awal usia kehamilan 12 minggu ke bawah kerana dibimbangkan akan menjadi punca keguguran.

Tukang urut yang terlatih dan berpengalaman lazimnya tidak akan mengurut terlalu kuat di bahagian otot paha dan betis kerana darah beku yang terbentuk di situ akan tertanggal dan memasuki saluran darah yang kemudiannya akan membentuk trombs (darah beku) dan menyebabkan serangan jantung.



Perlu diingatkan juga, urutan di bahagian abdomen walaupun secara lembut adalah tidak digalakkan sama sekali kerana boleh merangsang pengecutan rahim dan menyebabkan keguguran.

Selain itu, pergelangan kaki dan pergelangan tangan juga sekiranya diurut mampu merangsang otot-otot di bahagian abdomen dan pelvis yang akan menyebabkan rahim mengecut dan berlaku keguguran juga.

Hmmmm....bahaya juga kan? Jadi ibu-ibu seharusnya memandang berat akan hal-hal urutan ini ketika kehamilan.



KEBAIKAN URUTAN SEMASA HAMIL
  1. Tekanan ketika hamil menyebabkan ibu-ibu mudah letih, tidak bertenaga, mudah marah dan tertekan. Urutan membantu mengurangkan kepekatan norepinephrine dan kortisol yang menjadi punca tubuh mengalami tekanan.
  2. Tubuh akan lebih tenang dan bersemangat kerana urutan yang bagus akan meningkatkan kepekatan hormone dopamine dan serotin. Hormon-hormon yang sama ini juga akan membantu mengurangkan komplikasi ketika dalam proses melahirkan bayi kelak.
  3. Mengurangkan bengkak di bahadian sendi tubuh.
  4. Memperbaiki system ketahanan tubuh bagi melawan penyakit, jangkitan kuman dan virus.
  5. Memperbaiki pola tidur agar dapat tidur dengan lebih nyenyak.
  6. Mengurangkan kesakitan biasa ibu hamil iaitu sakit pinggang dan belakang tanpa perlu mengambil ubat tahan sakit


GOLONGAN BERISIKO BERURUT SEMASA HAMIL

Golongan berikut adalah tidak dibenarkan  untuk berurut sepanjang tempoh kehamilan:-
  • Menghidap tekanan darah tinggi ketika hamil.
  • Pernah melahirkan bayi pramatang.
  • Pernah mengalami keguguran.

APA YANG PERLU TAHU SEBELUM BERURUT?
  • Maklumkan usia kehamilan setiap kali sebelum berurut kepada tukang urut.
  • Maklumkan juga sekiranya terdapat bahagian badan yang sensitif (rasa tidak selesa). Jadi, memerlukan bantak tambahan supaya kekal selesa sepanjang sesi urutan.
  • Jika bau minyak urut terlalu kuat, minta tukang urut hanya menggunakan losyen tanpa pewangi ketika mengurut.
  • Berwaspada sekiranya tukang urut menggunakan minyak pati ketika mengurut ketana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan.
  • Sentiasa ingatkan tukang urut agar melakukan urutan ringan sahaja walaupun dia perlu menekan ke dalam bahagian otot bagi melegakan ketidakselesaan yang dialami.





Sumber Rujukan: Majalah Pa&Ma Julai 2014

Nota: 
Artikel ini adalah sebagai rujukan dan peringatan kepada diri saya sendiri dan juga kepa ibu-ibu hamil di luar sana. Semoga bermanfaat. Sila like dan share sekiranya anda rasakan ianya bermanfaat kepada orang lain juga.








Thursday, June 19, 2014

MUDAHNYA BERNIAGA JIKA TAHU CARANYA...




Siapa cakap berniaga tu susah? Susah hanya pada yang banyak beralasan. Bak kata mentor saya, tinggal di 'pulau alasan'....hehehe.

Kenapa saya cakap begitu?? Sekarang ni kita sangat banyak kemudahan. Lagi-lagi kemudahan teknologi.

Dr. Azizan ada cakap, gunakan segala kemudahan teknologi yang ada untuk berniaga. It's FREE! Melainkan bayar monthly internet je la ;).

Antara yang paling top sekarang ni medium Facebook. Selain tu boleh juga gunakan social media yang lain seperti blog, instagram, twitter, email dan sebagainya.



Nak berniaga secara online, kita perlu 'HIDUP' di online. Gunakan semua medium yang ada. Perlu ada kemahuan dan juga kerajinan yang tinggi . Apa maksud hidup di online?? Sangat mudah. Aktifkan semua social media. Kalau belum ada akaun, silalah wujudkan kemudian keep on sharing. Bila ada yang search apa-apa info berkaitan, jika bernasib baik, kita akan termasuk di dalam senarai. Secara tak langsung peluang untuk mendapat pelanggan di alam maya adalah tinggi.



Selain daripada itu, fomula M.E.S.T.I sangat penting dalam dunia perniagaan. Jom kita tengok, apa itu M.E.S.T.I.



  • MATLAMAT & MENTOR

Perlu ada MATLAMAT yang jelas, kenapa kita buat bisnes ni. Tak kiralah apa jenis bisnes sekali pun, perlu ada MENTOR yang sudah berjaya di dalam bidangnya dan juga yang boleh membimbing kita untuk ke arah kejayaan. Duplicate apa yang MENTOR kita dah buat untuk berjaya. InsyaAllah kita akan berjaya. 



  • ELMU (ILMU) & EMOSI

Perlu ada ELMU perniagaan supaya kita tak langgar dinding. Maksudnya, kita mempunyai pengetahuan tentang perniagaan dan bukan main redah berniaga, nanti banyak pulak langgar dinding. Sekarang ni terlalu banyak buku panduan berniaga, ilmu marketing dan sebagainya yang berkaitan. Ataupun boleh juga hadiri program-program untuk usahawan. Tanpa ilmu, masa yang singkat untuk berjaya akan menjadi panjang. Dengan ilmu, akan ada jalan 'shortcut' untuk berjaya. Perlu juga kawal emosi untuk berurusan dengan pelanggan. Sentiasa positifkan minda.



  • SISTEM

Berniaga perlu berSISTEM. Pilih perniagaan yang betul dan bagus. Paling penting, pastikan sistemnya berkesan dan memudahkan. Sistem yang menyusahkan dan tidak teratur akan membuatkan perniagaan kita tidak tahan lama.



  • TINDAKAN

Mentor, Elmu dan Sistem yang bagus sahaja tidak mencukupi jika tiada TINDAKAN. Fast Action Fast Result! Bertindak segera untuk hasil yang pantas dan luar biasa.



  • IMPIAN

Perlu ada IMPIAN yang jelas. Jangan takut berimpian, dengan impian tu la akan menguatkan semangat kita untuk semakin berjaya. Kenapa? Untuk mendapatkan apa yang kita impikan, mestilah berusaha dengan lebih gigih. 'Tanpa impian, mimpi tidak akan menjadi kenyataan'


Semoga dengan tips yang sedikit ni akan memberi semngat kepada anda yang berjinak-jinak nak berniaga ataupun baru nak melangkah ke dalam alam perniagaan. 




Saya doakan anda KAYA dan BERJAYA! Dunia dan akhirat InsyaAllah.


Tuesday, June 10, 2014

PENGALAMAN MENGGUNAKAN SET BERSALIN SHAKLEE

Bismillah...

Assalamualaikum wbt.

Saya doakan para pembaca blog saya sihat dan sentiasa dirahmati Allah.

Hari ni saya nak share set bersalin yang saya guna semasa berpantang anak ketiga baru-baru ni. Lain daripada semasa berpantang anak pertama dan kedua.

Anak ketiga ni saya pilih Set Bersalin Shaklee. Saya mula ambik daripada mengandung sampailah bersalin.

Aisyah Humaira Binti Mohd Hashim
Date of Birth: 4-March-2014

Kesan dan perbezaannya:-
  • Semasa mengandung - HB (Hemoglobin) saya rendah pada fasa awal kehamilan, selepas saya cuba ambil Vitalea, Alhamdulillah 2 miggu selepas tu HB saya naik sehinggalah rutin check up yang terakhir sebelum bersalin. Hasil pengambilan Ostemarix pula, kurang sakit pinggang, tulang pinggul dan kejang kaki. Kebiasaan yang saya alami pada kehamilan anak pertama dan kedua.            
  • Semasa bersalin -  Hari kedua setelah keluar daripada Wisma Bersalin,  dah ada yang tegur nampak bertenaga...tak macam orang baru lepas bersalin. Komen yang sama saya dapat selang beberapa hari oleh beberapa orang yang berbeza. Alhamdulillah.

Suplemen Shaklee ni hanyalah sebagai satu asbab sahaja. ..Allah jua lah yang memberikan kesihatan kepada orang-orang yang dikehendaki Nya.

Bila bertenaga, saya tiada masalah untuk uruskan anak sendiri dari awal seperti memandikan anak, berjaga di waktu malam serta menguruskan anak-anak. Alhamdulillah, berkemampuan juga untuk menghantar dan mengambil anak sulung pergi dan balik sekolah dan menguruskan anak kedua yang baru berusia setahun sebulan ketika bersalinkan anak ketiga. 


 Pengalaman semasa berpantang anak pertama dan kedua dulu, mak dan kakak yang banyak membantu sehingga saya betul-betul sihat.

Sejujurnya saya amat mengesyorkan kepada bakal-bakal ibu untuk memilih Set Bersalin Shaklee ini. Anda akan melalui pengalaman yang berbeza berbanding mengambil jamu ketika berpantang.

Kelebihannya, boleh mula makan suplemen-suplemen ini tanpa was-was dari awal kelahiran bayi. Tidak seperti jamu yang perlu dimakan setelah bayi betul-betul disahkan tiada demam kuning.

Hasilnya pastilah luar biasa :) insyaAllah akan bertenaga untuk menguruskan anak-anak yang membesar dan juga yang baru dilahirkan.

Nak tau lebih lanjut mengenai Set Bersalin Shaklee ni boleh baca di sini.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk mendapatkan produk ini atau produk Shaklee yang lain? Boleh hubungi saya melalui :

Facebook: Rozaida Ahmad
SMS/Whatsapp: 012-5610924
email: idahiryns@gmail.com



*Free consultation*
*Affordable Price*
*Business Opportunity with SHAKLEE*
*Jana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan Shaklee... 2, 3, 4, 5 angka....anda yang tentukan :)



SET BERSALIN SHAKLEE TERBAIK!

Bismillah...

Assalamualaikum wbt.

Saya doakan para pembaca blog saya sihat dan sentiasa dirahmati Allah.

Saya tau, ramai ibu-ibu yang sedang mencari set bersalin terbaik selepas kelahiran. Hari ni saya nak share set berpantang pilihan hati saya semasa melahirkan anak ketiga (Aisyah Humaira) baru-baru ni. Sengaja mencari kelainan kerana sebelum ni set berasaskan jamu ketika berpantang anak pertama (Muhammad Ikram Thaqif) dan kedua (Muhammad Umar Qayyim).

Semenjak beberapa bulan yang lepas, bertalu-talu yang bertanyakan Set Bersalin Shaklee ni pada saya. Ada jugak yang terus join ahli di bawah saya untuk mendapatkan harga ahli dan lain-lain kelebihan sebagai ahli.


Kenapa Set Bersalin Shaklee pilihan hati?
  • Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. tanpa bahan kimia dan perasa/pewarna tiruan.
  • Boleh terus diambil pada hari pertama bersalin tanpa was-was walaupun ketika bayi jaundice (demam kuning)
  • Luka bersalin cepat sembuh.
  • Membatu untuk memperbanyakkan susu ibu untuk bayi tersayang.
  • Badan lebih bertenaga walaupun baru bersalin.
  • Pakej kulit cantik (ESP + Vitamin C) dan kurus (Alfalfa + Omegaguard) dalam set bersalin ni.
  • Khasiat untuk ibu dan anak.

Jom saya kongsikan FUNGSI UTAMA setiap vitamin yang terdapat di dalam set ini:


  1. VITALEA - Elakkan keletihan supaya mudah menyusukan bayi.
  2. B COMPLEX - Elakkan stress akibat tak cukup tidur malam. Menukarkan makanan kepada tenaga.
  3. OSTEMATRIX - Elakkan sakit-sakit tulang, pinggang, kebas kaki, sakit gigi akibat tidak cukup kalsium. Ibu menyusu berkongsi kalsium dengan bayi melalui susu ibu. Selain itu membantu melawaskan (membantu ibu-ibu yag sembelit)
  4. ALFALFA - Sebagai milk booster. Mempercepatkan peghasilan susu.
  5. ESP - Membekalkan protin untuk memekatkan susu ibu supaya bayi cepat merasa kenyang disamping memberikan tenaga supaya ibu cergas sepanjang hari.
  6. VITAMIN C - Meningkatkan imunisasi badan.
  7. OMEGAGUARD - Membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi. Di samping itu membantu ibu untuk membakar lemak supaya cepat kurus.
  8. ZINC - Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin.

TESTIMONI PENGGUNA SET BERSALIN SHAKLEE





Alhamdulillah. Saya dah cuba dan sangat berpuas hati. InsyaAllah saya akan share kan pengalama saya mengambil Set Bersalin Shaklee ni. Kalau ada apa-apa yang nak di tanyakan, boleh terus hubungi saya. Saya sedia membantu... InsyaAllah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk mendapatkan produk ini atau produk Shaklee yang lain? Boleh hubungi saya melalui :

Facebook: Rozaida Ahmad
SMS/Whatsapp: 012-5610924
email: idahiryns@gmail.com



*Free consultation*
*Affordable Price*
*Business Opportunity with SHAKLEE*
*Jana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan Shaklee... 2, 3, 4, 5 angka....anda yang tentukan :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...