Labels

Sunday, September 28, 2014

Free Webinar: Make RM1,000 Online Part Time from Home!



Adakah anda ingin tahu rahsia untuk " Buat RM1,000 Part Time dari Rumah "?


Sertai webinar percuma ini sekarang :



Dalam webinar ini anda akan menemui tips rahsia untuk membuat wang secara autopilot dengan "affiliate marketing ".


Ia terhad kepada 100 orang sahaja Jadi pastikan anda mendaftar sekarang.


Anda hanya memerlukan komputer / laptop untuk menyertai webinar ini. 

Tiada perisian lain yang diperlukan , tidak ada kemahiran teknikal yang diperlukan .



Daftar untuk FREE sekarang di laman web ini:




Friday, September 26, 2014

7 PESANAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY KEPADA USAHAWAN MUSLIM



Saya doakan pembaca blog ibu-humaira semua sentiasa di bawah payungan rahmat Ilahi. Kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Hari ni saya nak kongsikan dengan anda pesanan usahawan termashyur di negara kita iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Bagaimana beliau boleh berjaya dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip ini.

BIODATA TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

Sebelum tu jom kita lihat biodata beliau secara ringkas.





7 PESANAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY 

Berikut adalah 7 pesanan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kepada usahawan



1. Fokus Kepada Satu Perniagaan Sebelum Kembangkannya


Apabila memulakan sesuatu perniagaan, fokus kepada perniagaan tersebut sehingga betul-betul maju dan berjaya. Kemudian barulah berfikir untuk mengembangkan ataupun menceburi bidang pernigaan yang lain.

Ini adalah kerana apabial perniagaan yang baru diceburi itu tidak maju, kita boleh berpatah balik kepada perniagaan pertama kita.

“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah”
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 

2. Kejayaan Perlukan Masa


Jangan mengharapkan kejayaan dalam jangka masa yang singkat. Setiap usaha ke arah kejayaan memerlukan masa yang panjang untuk berjaya.

Apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. 

“Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” 
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 
3. Jangan Putus Asa


Jangan mudah putus asa. Setiap perniagaan, kecil atau besar mempunyai cabaran, dugaan dan masalah tersendiri. Daripada situ jatuh bangunnya setiap pernigaan. Sekiranya kita tidak yakin dan mudah putus asa, pernigaan kita tidak akan ke mana.
"Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan."
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 
4. Jangan Sekadar Mengharap Dibantu


Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.

Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.

“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” 
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 

5. Yakin Dengan Diri Sendiri


Ramai usahawan yang jatuh bukan kerana mereka tidak bagus. Tetapi mereka tidak yakin dengan diri sendiri. 

"Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin, Allah akan permudahkan urusan kita."
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 

6. Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri


Beliau merupakan seorang usahawan yang banyak membantu masyarakat dengan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka. 

“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan”
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 

Setiap usahawan perlu berfikir bahawa pernigaan yang kita jalankan bukan hanya untuk kepentingan diri kita dan keluarga sahaja. Tetapi juga demi membantu masyarakat sekeliling yang memerlukan,


7. Usahawan Islam Ada Akhirat


Setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia dan akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.

“Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha”
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUMUSAN

Usahawan Muslim seharusnya mencontohi sifat-sifat yang ada pada beliau. Dengan apa yang beliau amalkan menjadikan beliau seorang Jutawan Muslim yang disegani ramai.

Jom kita sama-sama muhasabah diri agar dapat melaksanakan dan menerapkan setiap pesanan beliau dalam diri kita supaya kita juga akan berjaya seperti beliau.

Yang paling penting dan perlu ditekankan ialah, sebagai usahawan Muslim, kita perlulah utamakan Pencipta kita, yakin dengan kebolehan diri sendiri dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan perniagaan kita.

Perlu juga diingatkan, setiap rezeki yang kita dapat hasil dari perniagaan kita itu terselit hak orang lain yang perlu kita agih-agihkan. Dari situ perniagaan akan berkembang. Allah dah janjikan ganjaran bagi mereka yang bersedekah.

Berusaha, berusaha dan terus berusaha. Kejayaan perlukan masa. Jangan mudah putus asa. Peniagaan ibarat menanam padi. Bila sampai masanya pasti akan menuai hasil tanaman kita.

Semoga bermanfaat kepada anda.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan E-book Motivasi Usahawan ini selagi ianya masih PERCUMA!!




Sila Like dan Share artikel ini jika anda rasa ianya memberi inspirasi kepada keluarga dan sahabat anda. Terima kasih :)


KESELAMATAN ANAK TANGGUNGJAWAB SIAPA?



Saya doakan pembaca blog ibu-humaira semua sentiasa di bawah payungan rahmat Ilahi. Kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Dua hari lepas saya ada posted mengenai kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia sepuluh tahun hilang di Puchong. Alhamdulillah... keesokan harinya ada yang menghantar adik Azfar balik ke rumah. Maklumat ni saya dapat daripada kakak saya yang merupakan kenalan kepada ibu adik Azfar.

Bila dapat tahu berita kehilangan kanak-kanak, macam-macam perasaan timbul, banyak yang bermain di fikiran. Macam mana keadaan budak tu, sedih dan risau si ibu dan sebagainya.

Naluri keibuan semua ibu-ibu pun sama. Ibu mana yang tak sedih, risau bila anak kandungnya hilang daripada jagaan mereka.Kes kehilangan kanak-kanak memang kerap kita dengar dan mungkin ada di antaranya di kalangan orang-orang yang kita kenal.

Zaman sekarang bukan macam zaman dulu-dulu. Sekarang ni keadaan sekeliling kurang selamat hatta di kawasan rumah kita sendiri.

Saya sendiri susah nak lepaskan anak yang berumur 5 tahun untuk ke kedai berdekatan rumah emak dalam kawasan kampung walaupun ditemani sepupu yang lebih dewasa. Dalam kampung ni sendiri dah ada warga asing yang menyewa.

Putera dan puteri kami... Our Pride and Joy

Bila keluar untuk membeli belah, kami selalunya akan seboleh-bolehnya ajak sesiapa ikut (adik ipar, anak saudara, kakak) untuk tolong tengok-tengokkan anak-anak kami. 

Saya sudah pasti akan menjaga si kecil, Aisyah Humaira (6 bulan). Suami pulak akan handle Umar Qayyim (1 tahun 7 bulan). Ikram Thaqif (5 tahun) ni kadang-kadang agak lasak, jadi perlukan perhatian yang lebih. 

Biasanya memang ayah mereka yang handle kedua-dua hero ni tapi bila sampai masa untuk memilih apa yang hendak dibeli ni lah memerlukan khidmat bantuan orang lain. Bukan apa, takut terlepas pandang. Faham lah kan macam mana keadaan di pasaraya.

Buat masa sekarang ni, saya dan suami memang tinggal berjauhan. Sepanjang ketiadaan suami, saya memang seboleh-bolehnya tak akan keluar kemana-mana dengan membawa anak-anak melainkan tak perlu keluar dari kereta.

Jika memerlukan saya ke kedai, menghantar barang pelanggan, ke branch dan mengepos barang yang memerlukan saya keluar dari kereta, saya akan tinggalkan anak-anak dengan emak sekejap.

Anak-anak merupakan amanah Allah. Keselamatan mereka tanggungjawab kita. 



Setiap apa yang berlaku kadang-kadang di luar kawalan kita. Jadi, sama-sama berdoa dan berusaha supaya perkara begini tidak berlaku di kalangan keluarga dan orang sekeliling kita.

Perlu sedikit bertegas dengan anak-anak dan percayalah anda tidak akan menyesal.




Tuesday, September 23, 2014

KANAK-KANAK 10 TAHUN HILANG DI PUCHONG SEMALAM!!

Assalamu'alaikum...

Pagi ni dapat whatsap group family dari kakak... anak kawan Universiti dia hilang semalam.

Detail kakak-kanak:

Nama: Muhammad Azfar Adriel Bin Mohd zaki
Umur: 10 tahun
Pakaian terakhir dipakai: t-shirt Batman hitam dan seluar jeans pendek berwarna biru (seperti dalam gambar)

Hilang jam 12 tengah malam tadi dari rumah mereka di Koi Tropika Konfo, Batu 13 1/2, Puchong.






Sesiapa terjumpa atau mempunyai maklumat berkenaan boleh hubungi balai polis berdekatan anda atau hubungi:

Puan Nor (Ibu Muhammad Azfar)  0123390149 / 0123853936

Mohon jasa baik semua tolong sebarkan di semua laman sosial. Tolong juga doakan anak ini dapat jumpa dalam keaadaan baik dan selamat. Amin.



Monday, September 8, 2014

RAHSIA BERJAYA MENYUSU 6 BULAN SECARA EXCLUSIVE

Assalamu'alaikum...

Saya doakan anda semua sentiasa kaya dan berjaya. Dunia dan akhirat.

[ 04-Mac-2014 ~ 04-September-2014... ]

Alhamdulillah, genap 6 bulan usia Humaira dan genap jugak lah fasa pertama penyusuan susu ibu secara eksklusif. Bersyukur sangat sebab doa saya di perkenankan.


InsyaAllah saya akan teruskan untuk fasa seterusnya dengan izin Allah. Dan yang pasti, saya perlu usaha. Tidak cepat melatah dan tidak mudah putus asa. Doakan saya ye :)

Sepanjang penyusuan eksklusif selama 6 bulan ni, banyak jugak cabarannya. Alhamdulillah dapat diharungi tanpa putus asa.

Saya hanya bekerja dari rumah. Jadi memang rasa sangat rugi dan berdosa kalau tak menggunakan peluang keemasan ni untuk menyusukan bayi sepenuhnya sedangkan saya memang tahu khasiat dan kelebihannya.


TUNTUTAN MENYUSUKAN ANAK


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 233).

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)


SET MENYUSU SHAKLEE BANYAK MEMBANTU

Sejak mengandungkan Humaira lagi memang saya dah amalkan suplemen Shaklee. Memang banyak perbezaannya dengan kehamilan yang lepas.

Boleh baca perkongsian saya mengenai Set Bersalin Shaklee di sini (sila klik). Set Bersalin merangkap Set Menyusu ni set yang sama saya ambik daripada mengandung cuma semasa bersalin saya cuma tambahkan Alfalfa dan Zinc bagi memenuhi naluri keibuan dan tuntutan agama untuk menyusukan Humaira secara eksklusif.

Untuk pengetahuan anda, 2 jenis suplemen paling 'hot' bertindak sebagai MILK BOOSTER di dalam set ini adalah Alfalfa dan jugak Energy Soy Protein yang lebih dikenali sebagai ESP.



Alhamdulillah, apabila mengamalkan Set Menyusu ni, rezeki susu untuk Humaira sentiasa cukup. Suplemen yang lain juga memainkan peranan yang penting untuk membantu saya supaya tidak letih yang menyebabkan susu juga semakin berkurang.


PERANAN SUPLEMEN DALAM SET MENYUSU

Di dalam Set Menyusu Shaklee ni terdapat 8 jenis suplemen. Saya akan terangkan satu persatu fungsi setiap suplemen. Yang pasti saya memang mengamalkan kesemua suplemen ini bukan sahaja untuk membantu menambahkan susu tetapi untuk kekal sihat dan cergas.


  1. VITALEA (Multivitamin) - Untuk kesihatan & kecergasan badan selepas bersalin supaya kekal cergas dan bertenaga.

  2. B COMPLEX - Anti stress, terutama bila ibu kurang tidur semasa dalam pantang.

  3. VITAMIN C - Tingkatkan sistem imunisasi ibu & anak.

  4. ZINC - Cepatkan penyembuhan luka (terutamanya untuk yang bersalin secara ceaserean). Juga membantu mengurangkan keguguran rambut selepas bersalin.

  5. ALFAFA - Sebagai milk booster, herba untuk membantu menambahkan penghasilan susu.

  6. ESP PROTEIN - Dalam susu ibu, komposisi terbesar adalah PROTEIN. Dengan ESP, dapat membantu memekatkan susu ibu agar bayi akan lebih cepat kenyang. Juga membantu untuk kecergasan badan serta kecantikan kulit ibu dan bayi.

  7. OSTEMATRIX (Calcium & Magnesium) - Kalsium berfungsi untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat, membantu masalah susu merudum ketika haid dan membantu merawat sakit badan dan belakang. Komposisi terbesar dalam susu ibu selepas protein adalah kalsium. Jadi, semua kalsium dlm badan ibu akan disalurkan ke susu untuk bayi. Kalau ibu tidak cukup keperluan kalsium, ibu akan mudah mendapat osteoporosis, sakit-sakit tulang & gigi luruh.

  8. OMEGAGUARD (DHA) - Untuk pastikan susu ibu cukup keperluan DHA untuk perkembangan otak bayi. Juga membantu membakar lemak agar ibu cepat kurus semula selepas bersalin.

TESTIMONI PENGGUNA SET MENYUSU SHAKLEE

TESTIMONI 1


TESTIMONI 2


TESTIMONI 3


TESTIMONI 4


TESTIMONI 5




DOA BANYAKKAN SUSU IBU





Jom sama-sama kita jayakan misi menyusukan bayi secara ekslusif. Saya doakan usaha ibu-ibu dipermudahkan dan diberkati.

Setiap anak telah ditetapkan rezeki bagi mereka. InsyaAllah kita pasti berjaya! :)

Semoga dengan susu yang diberikan kepada bayi kita menjadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah, taat kepada perintah Allah. Amin...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk mendapatkan produk ini atau produk Shaklee yang lain? Boleh hubungi saya melalui :

Facebook: Rozaida Ahmad
SMS/Whatsapp: 012-561 0924
email: idahiryns@gmail.com



*Free consultation*
*Affordable Price*
*Business Opportunity with SHAKLEE*
*Jana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan Shaklee... 2, 3, 4, 5 angka....anda yang tentukan :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...