Labels

Monday, July 14, 2014

DAKWAH JALANAN FREE GAZA DI KULIM, KEDAH

Assalamualaikum wbt.. 

Allahumma Solli alla Muhammad.. 

Hati ini bagai diragut rasa pilu bila melihat saudara Islam kita yang ditindas di Gaza.. Jiwa ini sayu saat melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa terkorban oleh Sang Durjana Israel.. 



Jiwa kerdil ini meronta-ronta ingin membantu, namun hati tkecil ini tidak sehebat tentera Bridget Al-Qassam yg berjuang demi Palestine, Jiwa ini jugak tidak sekaya seperti penyumbang-penyumbang dana buat Palestine.

Tapi Jiwa yang kerdil ini hanya punya matlamat untuk berjuang mencari dana buat mangsa-mangsa Palestine. Walau terpaksa meredah panas demi meminta sumbangan buat mereka. 

Dikumpul semangat ini bersama sahabat-sahabat lain yang  terdiri drp golongan muda yang bukan ahli mana-mana badan NGO. Kami adalah anak muda yang tidak mampu berdiam diri utk melihat kesengsaraan saudara Islam di Palestine. 

Sehubungan itu, kami berbincang utk mengadakan program berbentuk dakwah.


PROJEK: DAKWAH JALANAN FREE GAZA



Tempat cadangan: 
  • Bazar Ramadan sekitar Kulim (Bln Puasa)
  • Shopping Mall/Giant/Tesco (Bulan Puasa/lepas Raya)
  • Tempat Awam (Tasik Kulim/Padang Awam Kulim)


Masa : 
  • Selepas Asar hingga jam 6 petang (Di bazar)
  • Jam 2 petang - 5 petang (Tempat Awam/Mall)


Objektifnya:
  1. Untuk menyampaikan maklumat tentang kekejaman zionis terhadap Gaza
  2. Mengutip dana dan disalurkan terus ke Akaun Aqsa Sharif/Aman Palestine
  3. Membuka minda masyarakat tentang pentingnya memboikot barang-barang keluaran Israel.


Harapan :
  1. Moga usaha yang kerdil ini dapat membantu saudara-saudara kita di Palestine.
  2. Memupuk jiwa yang murni buat anak-anak muda agar lebih prihatin terhadap isu semasa.
  3. Supaya Masyarakat mendapat pencerahan tentang Palestine.


Kerjasama :

Pihak kami juga berhasrat untuk bekerjasama dengan salah satu NGO di Malaysia yg bergiat aktif untuk Palestine. Kerjasama ini penting untuk meraih kepercayaan orang ramai untuk menderma. 

Melihat kpd masalah yg telah berlaku sebelum ini ada pihak yg tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dgn sindiket derma yg tidak Sah. Sehubungan itu, pihak kami akan bekerjasama dgn salah satu NGO tersebut. (AMAN PALESTIN/AQSA SHARIF)


Sukarelawan :
  1. Kami terdiri daripada golongan pelajar dan pekerja yang berumur lingkungan 20-an.
  2. Orang awam yang tidak terlibat mana-mana NGO
  3. Orang ramai digalakkan utk menjadi Sukarelawan.


Segala maklumat atau pendapat boleh dikongsikan bersama saya:

+6017 487 2290 sms/whatsapp/wechat
Facebook: Solihah Md Radzi
Email: solihahmdradzi@yahoo.com

Jazakallahu khairan Khasira...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel di atas di tulis oleh adik ipar saya. Saya masukkan di dalam blog ini untuk memanjangkan hasrat beliau untuk menjalankan aktiviti Dakwah Jalanan ini agar mendapat lebih ramai penyumbang atau sukarelawan.

Mohon Like dan Share artikel ini supaya dapat dipanjangkan lagi usaha murni beliau dan rakan-rakan untuk membantu saudara kita yang sedang terseksa di Palestine.

Sebarang kemusykilan boleh hubungi beliau seperti di atas.




Thursday, June 26, 2014

3 FORMULA MUDAH KEKAL CERGAS DI BULAN RAMADAN


Assalamu'alaikum...

Hari ni saya nak kongsikan sikit tentang keperluan makanan tambahan di bulan Ramadhan memandangkan Ramadhan bakal menjengah beberapa hari lagi.

Saya sebagai ibu menyusu sangatlah memerlukan SET MIGHTY 3 GEMS ni bagi membantu membekalkan tenaga dan mengurangkan dehidrasi semasa berpuasa kerana selepas menyusu biasanya ibu-ibu akan cepat berasa lapar dan dahaga.

Dengan itu sedikt sebanyak suplemen ini dapat membantu supaya ibu-ibu menyusu berpuasa dengan penuh bertenaga sepanjang hari tanpa keletihan. Di samping itu, ESP juga adalah sebagai milk booster supaya susu sentiasa meriah dan berkhasiat walaupun berpuasa :)



Basically penjagaan makanan kita setiap hari juga penting sepanjang Ramadhan ini untuk kita kekal bertenaga dan membantu kita untuk berpuasa hingga ke hujung hari tanpa sebarang masalah, InsyaAllah.

Ini juga penting supaya kita juga dapat beramal di waktu malam kerana Ramadhan merupakan bulan ibadah. Jadi, tiada alasan letih dan sebagainya nanti.

PENGAMBILAN MAKANAN YANG SIHAT

1. Makan makanan yang berkhasiat iaitu yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.

2. Lakukan aktiviti fizikil untuk meningkatkan metabolisme.

3. Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak

4. Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.


MAKANAN TAMBAHAN DI BULAN RAMADHAN



SIAPA YANG PERLUKAN MAKANAN TAMBAHAN DI BULAN RAMADHAN?

Basically semua orang perlukannya, tapi yang lebih utama ialah:
  • Ibu hamil - Memberi rasa kenyang dan tenaga sepanjang hari supaya dapat bertahan hingga ke hujung puasa.
  • Ibu menyusu - Ibu menyusu biasanya akan cepat lapar selepas menyusu. Set ini dapat membantu mengenyangkan dan memberi tenaga sepanjang Ramadhan.
  • Gastrik - Membantu mengurangkan keasidan dalam perut seterusnya membantu pesakit gastrik bertahan berpuasa sepenuh hari.
  • Pelajar - Membantu membekalkan tenaga supaya dapat lebih fokus kepada pelajaran.
  • Induvidu yang aktif - Supaya bertenaga dan mengurangkan dehidrasi kerana pengeluaran peluh sepanjang hari dengan aktivit-aktiviti lasak.
  • Bekerja - Membantu membekalkan tenaga supaya dapat lebih fokus kepada kerja di pejabat dan mengurangkan dehidrasi untuk yang bekerja di luar pejabat.
  • Warga tua - Mengurangkan keletihan dan membekalkan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan. 

Suplemen yang saya syorkan di atas dapat membantu membekalkan tenaga dan mengurangkan dehidrasi di samping memberi rasa kenyang. InsyaAllah, dapat membantu kita menjalani ibadah puasa dengan lebih mudah sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Selamat berpuasa dan selamat beribadah :)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk mendapatkan produk ini atau produk Shaklee yang lain? Boleh hubungi saya melalui :

Facebook: Rozaida Ahmad
SMS/Whatsapp: 012-561 0924
email: idahiryns@gmail.com



*Free consultation*
*Affordable Price*
*Business Opportunity with SHAKLEE*
*Jana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan Shaklee... 2, 3, 4, 5 angka....anda yang tentukan :)



Tuesday, June 24, 2014

URUTAN SEMASA HAMIL


Assalamualaikum wbt.

Apa pandangan anda tentang mengurut semasa hamil? Baik atau buruk?

Dari segi logik dan kebiasaannya, urutan memang baik kerana dapat melegakan kesakitan yang dialami di badan selain melancarkan peredaran darah. Urutan juga mampu mengurangkan stress dan membuatkan kita lebih bertenaga dan segar.


Tetapi bagaimana pula dengan urutan semasa hamil?
Dari segi perubatan, para doktor kurang bersetuju untuk ibu-ibu melakukan urutan semasa kehamilan kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada kehamilan kerana bukan semua tukang urut arif tentang bahagian badan yang tidak sepatutnya diurut ketika hamil.

Lebih membimbangkan urutan dilakukan pada awal usia kehamilan 12 minggu ke bawah kerana dibimbangkan akan menjadi punca keguguran.

Tukang urut yang terlatih dan berpengalaman lazimnya tidak akan mengurut terlalu kuat di bahagian otot paha dan betis kerana darah beku yang terbentuk di situ akan tertanggal dan memasuki saluran darah yang kemudiannya akan membentuk trombs (darah beku) dan menyebabkan serangan jantung.



Perlu diingatkan juga, urutan di bahagian abdomen walaupun secara lembut adalah tidak digalakkan sama sekali kerana boleh merangsang pengecutan rahim dan menyebabkan keguguran.

Selain itu, pergelangan kaki dan pergelangan tangan juga sekiranya diurut mampu merangsang otot-otot di bahagian abdomen dan pelvis yang akan menyebabkan rahim mengecut dan berlaku keguguran juga.

Hmmmm....bahaya juga kan? Jadi ibu-ibu seharusnya memandang berat akan hal-hal urutan ini ketika kehamilan.



KEBAIKAN URUTAN SEMASA HAMIL
  1. Tekanan ketika hamil menyebabkan ibu-ibu mudah letih, tidak bertenaga, mudah marah dan tertekan. Urutan membantu mengurangkan kepekatan norepinephrine dan kortisol yang menjadi punca tubuh mengalami tekanan.
  2. Tubuh akan lebih tenang dan bersemangat kerana urutan yang bagus akan meningkatkan kepekatan hormone dopamine dan serotin. Hormon-hormon yang sama ini juga akan membantu mengurangkan komplikasi ketika dalam proses melahirkan bayi kelak.
  3. Mengurangkan bengkak di bahadian sendi tubuh.
  4. Memperbaiki system ketahanan tubuh bagi melawan penyakit, jangkitan kuman dan virus.
  5. Memperbaiki pola tidur agar dapat tidur dengan lebih nyenyak.
  6. Mengurangkan kesakitan biasa ibu hamil iaitu sakit pinggang dan belakang tanpa perlu mengambil ubat tahan sakit


GOLONGAN BERISIKO BERURUT SEMASA HAMIL

Golongan berikut adalah tidak dibenarkan  untuk berurut sepanjang tempoh kehamilan:-
  • Menghidap tekanan darah tinggi ketika hamil.
  • Pernah melahirkan bayi pramatang.
  • Pernah mengalami keguguran.

APA YANG PERLU TAHU SEBELUM BERURUT?
  • Maklumkan usia kehamilan setiap kali sebelum berurut kepada tukang urut.
  • Maklumkan juga sekiranya terdapat bahagian badan yang sensitif (rasa tidak selesa). Jadi, memerlukan bantak tambahan supaya kekal selesa sepanjang sesi urutan.
  • Jika bau minyak urut terlalu kuat, minta tukang urut hanya menggunakan losyen tanpa pewangi ketika mengurut.
  • Berwaspada sekiranya tukang urut menggunakan minyak pati ketika mengurut ketana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan.
  • Sentiasa ingatkan tukang urut agar melakukan urutan ringan sahaja walaupun dia perlu menekan ke dalam bahagian otot bagi melegakan ketidakselesaan yang dialami.





Sumber Rujukan: Majalah Pa&Ma Julai 2014

Nota: 
Artikel ini adalah sebagai rujukan dan peringatan kepada diri saya sendiri dan juga kepa ibu-ibu hamil di luar sana. Semoga bermanfaat. Sila like dan share sekiranya anda rasakan ianya bermanfaat kepada orang lain juga.








Thursday, June 19, 2014

MUDAHNYA BERNIAGA JIKA TAHU CARANYA...




Siapa cakap berniaga tu susah? Susah hanya pada yang banyak beralasan. Bak kata mentor saya, tinggal di 'pulau alasan'....hehehe.

Kenapa saya cakap begitu?? Sekarang ni kita sangat banyak kemudahan. Lagi-lagi kemudahan teknologi.

Dr. Azizan ada cakap, gunakan segala kemudahan teknologi yang ada untuk berniaga. It's FREE! Melainkan bayar monthly internet je la ;).

Antara yang paling top sekarang ni medium Facebook. Selain tu boleh juga gunakan social media yang lain seperti blog, instagram, twitter, email dan sebagainya.



Nak berniaga secara online, kita perlu 'HIDUP' di online. Gunakan semua medium yang ada. Perlu ada kemahuan dan juga kerajinan yang tinggi . Apa maksud hidup di online?? Sangat mudah. Aktifkan semua social media. Kalau belum ada akaun, silalah wujudkan kemudian keep on sharing. Bila ada yang search apa-apa info berkaitan, jika bernasib baik, kita akan termasuk di dalam senarai. Secara tak langsung peluang untuk mendapat pelanggan di alam maya adalah tinggi.



Selain daripada itu, fomula M.E.S.T.I sangat penting dalam dunia perniagaan. Jom kita tengok, apa itu M.E.S.T.I.



  • MATLAMAT & MENTOR

Perlu ada MATLAMAT yang jelas, kenapa kita buat bisnes ni. Tak kiralah apa jenis bisnes sekali pun, perlu ada MENTOR yang sudah berjaya di dalam bidangnya dan juga yang boleh membimbing kita untuk ke arah kejayaan. Duplicate apa yang MENTOR kita dah buat untuk berjaya. InsyaAllah kita akan berjaya. 



  • ELMU (ILMU) & EMOSI

Perlu ada ELMU perniagaan supaya kita tak langgar dinding. Maksudnya, kita mempunyai pengetahuan tentang perniagaan dan bukan main redah berniaga, nanti banyak pulak langgar dinding. Sekarang ni terlalu banyak buku panduan berniaga, ilmu marketing dan sebagainya yang berkaitan. Ataupun boleh juga hadiri program-program untuk usahawan. Tanpa ilmu, masa yang singkat untuk berjaya akan menjadi panjang. Dengan ilmu, akan ada jalan 'shortcut' untuk berjaya. Perlu juga kawal emosi untuk berurusan dengan pelanggan. Sentiasa positifkan minda.



  • SISTEM

Berniaga perlu berSISTEM. Pilih perniagaan yang betul dan bagus. Paling penting, pastikan sistemnya berkesan dan memudahkan. Sistem yang menyusahkan dan tidak teratur akan membuatkan perniagaan kita tidak tahan lama.



  • TINDAKAN

Mentor, Elmu dan Sistem yang bagus sahaja tidak mencukupi jika tiada TINDAKAN. Fast Action Fast Result! Bertindak segera untuk hasil yang pantas dan luar biasa.



  • IMPIAN

Perlu ada IMPIAN yang jelas. Jangan takut berimpian, dengan impian tu la akan menguatkan semangat kita untuk semakin berjaya. Kenapa? Untuk mendapatkan apa yang kita impikan, mestilah berusaha dengan lebih gigih. 'Tanpa impian, mimpi tidak akan menjadi kenyataan'


Semoga dengan tips yang sedikit ni akan memberi semngat kepada anda yang berjinak-jinak nak berniaga ataupun baru nak melangkah ke dalam alam perniagaan. 




Saya doakan anda KAYA dan BERJAYA! Dunia dan akhirat InsyaAllah.


Tuesday, June 10, 2014

PENGALAMAN MENGGUNAKAN SET BERSALIN SHAKLEE

Bismillah...

Assalamualaikum wbt.

Saya doakan para pembaca blog saya sihat dan sentiasa dirahmati Allah.

Hari ni saya nak share set bersalin yang saya guna semasa berpantang anak ketiga baru-baru ni. Lain daripada semasa berpantang anak pertama dan kedua.

Anak ketiga ni saya pilih Set Bersalin Shaklee. Saya mula ambik daripada mengandung sampailah bersalin.

Aisyah Humaira Binti Mohd Hashim
Date of Birth: 4-March-2014

Kesan dan perbezaannya:-
  • Semasa mengandung - HB (Hemoglobin) saya rendah pada fasa awal kehamilan, selepas saya cuba ambil Vitalea, Alhamdulillah 2 miggu selepas tu HB saya naik sehinggalah rutin check up yang terakhir sebelum bersalin. Hasil pengambilan Ostemarix pula, kurang sakit pinggang, tulang pinggul dan kejang kaki. Kebiasaan yang saya alami pada kehamilan anak pertama dan kedua.            
  • Semasa bersalin -  Hari kedua setelah keluar daripada Wisma Bersalin,  dah ada yang tegur nampak bertenaga...tak macam orang baru lepas bersalin. Komen yang sama saya dapat selang beberapa hari oleh beberapa orang yang berbeza. Alhamdulillah.

Suplemen Shaklee ni hanyalah sebagai satu asbab sahaja. ..Allah jua lah yang memberikan kesihatan kepada orang-orang yang dikehendaki Nya.

Bila bertenaga, saya tiada masalah untuk uruskan anak sendiri dari awal seperti memandikan anak, berjaga di waktu malam serta menguruskan anak-anak. Alhamdulillah, berkemampuan juga untuk menghantar dan mengambil anak sulung pergi dan balik sekolah dan menguruskan anak kedua yang baru berusia setahun sebulan ketika bersalinkan anak ketiga. 


 Pengalaman semasa berpantang anak pertama dan kedua dulu, mak dan kakak yang banyak membantu sehingga saya betul-betul sihat.

Sejujurnya saya amat mengesyorkan kepada bakal-bakal ibu untuk memilih Set Bersalin Shaklee ini. Anda akan melalui pengalaman yang berbeza berbanding mengambil jamu ketika berpantang.

Kelebihannya, boleh mula makan suplemen-suplemen ini tanpa was-was dari awal kelahiran bayi. Tidak seperti jamu yang perlu dimakan setelah bayi betul-betul disahkan tiada demam kuning.

Hasilnya pastilah luar biasa :) insyaAllah akan bertenaga untuk menguruskan anak-anak yang membesar dan juga yang baru dilahirkan.

Nak tau lebih lanjut mengenai Set Bersalin Shaklee ni boleh baca di sini.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk mendapatkan produk ini atau produk Shaklee yang lain? Boleh hubungi saya melalui :

Facebook: Rozaida Ahmad
SMS/Whatsapp: 012-5610924
email: idahiryns@gmail.com



*Free consultation*
*Affordable Price*
*Business Opportunity with SHAKLEE*
*Jana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan Shaklee... 2, 3, 4, 5 angka....anda yang tentukan :)



SET BERSALIN SHAKLEE TERBAIK!

Bismillah...

Assalamualaikum wbt.

Saya doakan para pembaca blog saya sihat dan sentiasa dirahmati Allah.

Saya tau, ramai ibu-ibu yang sedang mencari set bersalin terbaik selepas kelahiran. Hari ni saya nak share set berpantang pilihan hati saya semasa melahirkan anak ketiga (Aisyah Humaira) baru-baru ni. Sengaja mencari kelainan kerana sebelum ni set berasaskan jamu ketika berpantang anak pertama (Muhammad Ikram Thaqif) dan kedua (Muhammad Umar Qayyim).

Semenjak beberapa bulan yang lepas, bertalu-talu yang bertanyakan Set Bersalin Shaklee ni pada saya. Ada jugak yang terus join ahli di bawah saya untuk mendapatkan harga ahli dan lain-lain kelebihan sebagai ahli.


Kenapa Set Bersalin Shaklee pilihan hati?
  • Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. tanpa bahan kimia dan perasa/pewarna tiruan.
  • Boleh terus diambil pada hari pertama bersalin tanpa was-was walaupun ketika bayi jaundice (demam kuning)
  • Luka bersalin cepat sembuh.
  • Membatu untuk memperbanyakkan susu ibu untuk bayi tersayang.
  • Badan lebih bertenaga walaupun baru bersalin.
  • Pakej kulit cantik (ESP + Vitamin C) dan kurus (Alfalfa + Omegaguard) dalam set bersalin ni.
  • Khasiat untuk ibu dan anak.

Jom saya kongsikan FUNGSI UTAMA setiap vitamin yang terdapat di dalam set ini:


  1. VITALEA - Elakkan keletihan supaya mudah menyusukan bayi.
  2. B COMPLEX - Elakkan stress akibat tak cukup tidur malam. Menukarkan makanan kepada tenaga.
  3. OSTEMATRIX - Elakkan sakit-sakit tulang, pinggang, kebas kaki, sakit gigi akibat tidak cukup kalsium. Ibu menyusu berkongsi kalsium dengan bayi melalui susu ibu. Selain itu membantu melawaskan (membantu ibu-ibu yag sembelit)
  4. ALFALFA - Sebagai milk booster. Mempercepatkan peghasilan susu.
  5. ESP - Membekalkan protin untuk memekatkan susu ibu supaya bayi cepat merasa kenyang disamping memberikan tenaga supaya ibu cergas sepanjang hari.
  6. VITAMIN C - Meningkatkan imunisasi badan.
  7. OMEGAGUARD - Membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi. Di samping itu membantu ibu untuk membakar lemak supaya cepat kurus.
  8. ZINC - Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin.

TESTIMONI PENGGUNA SET BERSALIN SHAKLEE





Alhamdulillah. Saya dah cuba dan sangat berpuas hati. InsyaAllah saya akan share kan pengalama saya mengambil Set Bersalin Shaklee ni. Kalau ada apa-apa yang nak di tanyakan, boleh terus hubungi saya. Saya sedia membantu... InsyaAllah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk mendapatkan produk ini atau produk Shaklee yang lain? Boleh hubungi saya melalui :

Facebook: Rozaida Ahmad
SMS/Whatsapp: 012-5610924
email: idahiryns@gmail.com



*Free consultation*
*Affordable Price*
*Business Opportunity with SHAKLEE*
*Jana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan Shaklee... 2, 3, 4, 5 angka....anda yang tentukan :)


Saturday, May 10, 2014

ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR DENGAN SHAKLEE

Assalamu'alaikum...

Dah berhari-hari delay nak sharing masalah keguguran rambut ni.... hari ni baru berkesempatan. Memandangkang ada customer yang bertanyakan set penjaagan rambut untuk mengatasi masalah rambut gugur, hari ni saya tergerak hati nak kongsikan tentang suplemen yang bersesuaian untuk diambil. 

Customer saya mengalami masalah rambut jarang dan gugur. Rambut gugur ni rasanya masalah biasa yang dialami kebanyakan wanita... tambah pulak yang lepas bersalin. Kesannya kulit kepala semakin botak dan boleh menyebabkan kurang keyakinan diri kerana rambut terkenal sebagai mahkota wanita.



FAKTOR KEGUGUGURAN RAMBUT

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut antaranya ialah pengaruh hormon, kekurangan vitamin, kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan banyak lagi. Antaranya ialah:-

1. Selepas bersalin - kehilangan darah yang banyak menyebabkan darah dan hormon tidak seimbang. 3 hingga 5 bulan selepas bersalin, rambut kita boleh gugur sehingga 30% untuk sesuaikan badan dengan situasi.
2. Menoupous - Pengambilan pil pencegah kehamilan dan wanita yang menopous akan mula mengalami ketidakseimbangan hormon yang boleh menyebabkan rambut gugur.
3. Diet tidak seimbang - menyebabkan badan kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Rambut gugur dengan banyak sebab kurangnya protein yang diperlukan oleh tubuh badan.
4. Tekanan - penyebab kepada peredaran darah terganggu. Ia juga menyebabkan sekatan pada salur darah yang menyukarkan penyaluran nutrien kepada rambut. Vitamin B-complex dapat membantu mengurangkan tekanan yang dialami.
5. Pengerintingan dan tabiat mencabut rambut - pengerintingan yang kerap akan menjejaskan rambut. Tabiat mencabut rambut juga akan menyumbang kepada faktor keguguran rambut.
6. Bahan kimia dalam produk rambut - kebanyakan set penjaan rabut di pasaram mengandungi bahan kimia merbahaya yang boleh merosakkan rambut. Kita perlu memilihan set penjagaan rambut yang bebas kimia dan selamat digunaakan bagi mengelakkan rambut gugur dan rosak.




VITAMIN KEGUGURAN RAMBUT

1. Revitalizing Shampoo
    Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.

2. Zinc Complex
    Mengekalkan kelenjar dan merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut.

3. ESP
    Membantu pertumbuhan rambut yang sihat, membina sel dan mebaiki sel kulit.

4. B-Complex
  • Vitamin B3 (Niasin) - Berguna untuk memperbaiki aliran darah pada klit kepala.
  • Vitamin B6 (Prodoksin) - Berfungsi untuk mengelakkan rambut dari gugur dan pengsilan melanin untuk mengelakkan rambut dari beruban.
  • Vitamin B12 (Sianokobalamin) - Mengatasi masalah rambut gugur.
  • Biotin - Menghasilkan keratin dan mengatasi maalah keguguran rambut. 

TESTIMONIAL PENGGUNA





SET PENJAGAAN RAMBUT PROSANTE 



1. Long Lasting Finishing Spray
  • “Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut

2. Revitalizing Shampoo
  • Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

3. Purifying Shampoo
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

4. Replenishing Conditioner
  • Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

5. Lightweight Conditioner
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

6. Nourishing Scalp Treatment
  • Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk mendapatkan produk ini atau produk Shaklee yang lain? Boleh hubungi saya melalui :

Facebook: Rozaida Ahmad
SMS/Whatsapp: 012-5610924
email: idahiryns@gmail.com


*Free consultation*
*Affordable Price*
*Business Opportunity with SHAKLEE*
*Jana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan Shaklee... 2, 3, 4, 5 angka....anda yang tentukan :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...