Labels

Showing posts with label BISNES TIPS. Show all posts
Showing posts with label BISNES TIPS. Show all posts

Friday, September 26, 2014

7 PESANAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY KEPADA USAHAWAN MUSLIM



Saya doakan pembaca blog ibu-humaira semua sentiasa di bawah payungan rahmat Ilahi. Kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Hari ni saya nak kongsikan dengan anda pesanan usahawan termashyur di negara kita iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Bagaimana beliau boleh berjaya dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip ini.

BIODATA TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

Sebelum tu jom kita lihat biodata beliau secara ringkas.





7 PESANAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY 

Berikut adalah 7 pesanan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kepada usahawan



1. Fokus Kepada Satu Perniagaan Sebelum Kembangkannya


Apabila memulakan sesuatu perniagaan, fokus kepada perniagaan tersebut sehingga betul-betul maju dan berjaya. Kemudian barulah berfikir untuk mengembangkan ataupun menceburi bidang pernigaan yang lain.

Ini adalah kerana apabial perniagaan yang baru diceburi itu tidak maju, kita boleh berpatah balik kepada perniagaan pertama kita.

“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah”
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 

2. Kejayaan Perlukan Masa


Jangan mengharapkan kejayaan dalam jangka masa yang singkat. Setiap usaha ke arah kejayaan memerlukan masa yang panjang untuk berjaya.

Apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. 

“Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” 
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 
3. Jangan Putus Asa


Jangan mudah putus asa. Setiap perniagaan, kecil atau besar mempunyai cabaran, dugaan dan masalah tersendiri. Daripada situ jatuh bangunnya setiap pernigaan. Sekiranya kita tidak yakin dan mudah putus asa, pernigaan kita tidak akan ke mana.
"Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan."
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 
4. Jangan Sekadar Mengharap Dibantu


Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.

Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.

“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” 
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 

5. Yakin Dengan Diri Sendiri


Ramai usahawan yang jatuh bukan kerana mereka tidak bagus. Tetapi mereka tidak yakin dengan diri sendiri. 

"Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin, Allah akan permudahkan urusan kita."
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 

6. Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri


Beliau merupakan seorang usahawan yang banyak membantu masyarakat dengan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka. 

“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan”
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 

Setiap usahawan perlu berfikir bahawa pernigaan yang kita jalankan bukan hanya untuk kepentingan diri kita dan keluarga sahaja. Tetapi juga demi membantu masyarakat sekeliling yang memerlukan,


7. Usahawan Islam Ada Akhirat


Setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia dan akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.

“Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha”
                                                                                    - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUMUSAN

Usahawan Muslim seharusnya mencontohi sifat-sifat yang ada pada beliau. Dengan apa yang beliau amalkan menjadikan beliau seorang Jutawan Muslim yang disegani ramai.

Jom kita sama-sama muhasabah diri agar dapat melaksanakan dan menerapkan setiap pesanan beliau dalam diri kita supaya kita juga akan berjaya seperti beliau.

Yang paling penting dan perlu ditekankan ialah, sebagai usahawan Muslim, kita perlulah utamakan Pencipta kita, yakin dengan kebolehan diri sendiri dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan perniagaan kita.

Perlu juga diingatkan, setiap rezeki yang kita dapat hasil dari perniagaan kita itu terselit hak orang lain yang perlu kita agih-agihkan. Dari situ perniagaan akan berkembang. Allah dah janjikan ganjaran bagi mereka yang bersedekah.

Berusaha, berusaha dan terus berusaha. Kejayaan perlukan masa. Jangan mudah putus asa. Peniagaan ibarat menanam padi. Bila sampai masanya pasti akan menuai hasil tanaman kita.

Semoga bermanfaat kepada anda.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan E-book Motivasi Usahawan ini selagi ianya masih PERCUMA!!




Sila Like dan Share artikel ini jika anda rasa ianya memberi inspirasi kepada keluarga dan sahabat anda. Terima kasih :)


Thursday, June 19, 2014

MUDAHNYA BERNIAGA JIKA TAHU CARANYA...




Siapa cakap berniaga tu susah? Susah hanya pada yang banyak beralasan. Bak kata mentor saya, tinggal di 'pulau alasan'....hehehe.

Kenapa saya cakap begitu?? Sekarang ni kita sangat banyak kemudahan. Lagi-lagi kemudahan teknologi.

Dr. Azizan ada cakap, gunakan segala kemudahan teknologi yang ada untuk berniaga. It's FREE! Melainkan bayar monthly internet je la ;).

Antara yang paling top sekarang ni medium Facebook. Selain tu boleh juga gunakan social media yang lain seperti blog, instagram, twitter, email dan sebagainya.



Nak berniaga secara online, kita perlu 'HIDUP' di online. Gunakan semua medium yang ada. Perlu ada kemahuan dan juga kerajinan yang tinggi . Apa maksud hidup di online?? Sangat mudah. Aktifkan semua social media. Kalau belum ada akaun, silalah wujudkan kemudian keep on sharing. Bila ada yang search apa-apa info berkaitan, jika bernasib baik, kita akan termasuk di dalam senarai. Secara tak langsung peluang untuk mendapat pelanggan di alam maya adalah tinggi.



Selain daripada itu, fomula M.E.S.T.I sangat penting dalam dunia perniagaan. Jom kita tengok, apa itu M.E.S.T.I.



  • MATLAMAT & MENTOR

Perlu ada MATLAMAT yang jelas, kenapa kita buat bisnes ni. Tak kiralah apa jenis bisnes sekali pun, perlu ada MENTOR yang sudah berjaya di dalam bidangnya dan juga yang boleh membimbing kita untuk ke arah kejayaan. Duplicate apa yang MENTOR kita dah buat untuk berjaya. InsyaAllah kita akan berjaya. 



  • ELMU (ILMU) & EMOSI

Perlu ada ELMU perniagaan supaya kita tak langgar dinding. Maksudnya, kita mempunyai pengetahuan tentang perniagaan dan bukan main redah berniaga, nanti banyak pulak langgar dinding. Sekarang ni terlalu banyak buku panduan berniaga, ilmu marketing dan sebagainya yang berkaitan. Ataupun boleh juga hadiri program-program untuk usahawan. Tanpa ilmu, masa yang singkat untuk berjaya akan menjadi panjang. Dengan ilmu, akan ada jalan 'shortcut' untuk berjaya. Perlu juga kawal emosi untuk berurusan dengan pelanggan. Sentiasa positifkan minda.



  • SISTEM

Berniaga perlu berSISTEM. Pilih perniagaan yang betul dan bagus. Paling penting, pastikan sistemnya berkesan dan memudahkan. Sistem yang menyusahkan dan tidak teratur akan membuatkan perniagaan kita tidak tahan lama.



  • TINDAKAN

Mentor, Elmu dan Sistem yang bagus sahaja tidak mencukupi jika tiada TINDAKAN. Fast Action Fast Result! Bertindak segera untuk hasil yang pantas dan luar biasa.



  • IMPIAN

Perlu ada IMPIAN yang jelas. Jangan takut berimpian, dengan impian tu la akan menguatkan semangat kita untuk semakin berjaya. Kenapa? Untuk mendapatkan apa yang kita impikan, mestilah berusaha dengan lebih gigih. 'Tanpa impian, mimpi tidak akan menjadi kenyataan'


Semoga dengan tips yang sedikit ni akan memberi semngat kepada anda yang berjinak-jinak nak berniaga ataupun baru nak melangkah ke dalam alam perniagaan. 




Saya doakan anda KAYA dan BERJAYA! Dunia dan akhirat InsyaAllah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...