Labels

Showing posts with label INFO SIHAT. Show all posts
Showing posts with label INFO SIHAT. Show all posts

Friday, December 5, 2014

7 TIPS PEMAKANAN SIHAT



Alhamdulillah. Masih lagi diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini.

Di doakan pembaca semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk hari ini dan hari mendatang.

Adakah anda menjaga pemakanan anda setiap hari? Ramai di antara kita bekerja dan tidak mempedulikan jadual pemakanan mereka yang betul. Makan tidak megira waktu ataupun ada juga yang tidak makan dek kerana terlalu sibuk dengan tugas di pejabat.

Tahukah anda bahawa para jutawan sangat menitik beratkan pemakanan yang sihat.

"Kesihatan merupakan salah satu kekayaan kepada kehidupan seorang jutawan"

Ye lah kan. Kalau tidak mempunyai kesihatan yang baik, bagaimana nak jadi seorang jutawan?


KERUGIAN SEKIRANYA TUBUH TIDAK SIHAT

  1. Tidak dapat memberikan tumpuan pada pekerjaan yang menyebabkan prestasi menurun.
  2. Sekiranya kesihatan semakin teruk, terpaksa mengambil cuti sakit.
  3. Minda tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menghasilkan idea-idea yang bernas.
  4. Tidak dapat berfikir dengan baik tatkala perlu membuat sesuatu keputusan penting.
  5. Kerugian dalam perniagaan kerana prestasi yang menurun.


Diet seimbang sangat penting dan harus dititik beratkan. Secara purata, kaum lelaki memerlukan lingkungan 2500 kalori sehari, manakala kaum wanita pula dalam lingkungan 2000 kalori sehari.


7 TIPS PEMAKANAN SIHAT

Nutrien yang cukup amat penting dalam pemakanan kita setiap hari. Saya kongsikan 7 tips mudah untuk adan di sini.

1. Makanan Berkanji


Kanji mempunyai serat yang tinggi dan boleh memberikan kita rasa kenyang yang lama. Hanya ambil 1/3 daripada pemakanan harian. 
Contoh makanan berkanji: nasi, kentang, bijirin, pasta dan roti. 
2. Makan Sayuran & Buah-buahan

Sayuran dan Buah-buahan merupakan pelengkap nutiri seharian kita. Ia mempunyai pelbagai sumber nutrisi. Boleh dimakan seberapa banyak sekali pun.
3. Makan Ikan

Protein juga penting dalam diet seimbang. Ikan mengandungi vitamin serta mineral yang tinggi. Antara nutrisi yang terkandung dalam ikan ialah Omega-3 yang dapat membantu mencegah masalah sakit jantung. 
Pilihlah ikan yang segar bagi mengelakkan bahan pengawet yang terkandung di dalam ikan segera di dalam tin.
4. Kurangkan Gula
Tahukah anda? Penyakit yang paling popular di Malaysia ialah diabetis ataupun kencing manis. Pengambilan gula secara berlebihan akan memudaratkan kesihatan kita.
5. Kurangkan Garam

Tambahkan garam secukup rasa ke dalam makanan. Jika berlebihan, boleh menjadi penyumbang kepada penyakit darah tinggi. Kurangkan garam dalam masakan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita.
6. Jangan Kehausan

Keperluan air dalam badan adalah 1 liter bagi setiap 25kg berat badan. Badan kita akan mengalami dehidrasi (kekeringan) sekiranya kurang pengambilan air pada hari itu. Pastikan kita minum air yang mencukupi secara berkala setiap hari.
7. Sarapan Pagi
Sarapan perlu di ambil setiap pagi kerana sarapan merupakan sumber tenaga pertama yang akan dihadam oleh tubuh badan. Oleh itu, pastikan anda mengambil sarapan yang dilengkapi dengan diet pemakanan yang sihat. 

Selain daripada penjagaan makan yang baik, kecergasan tubuh badan juga perlu dilakukan se[erti berlari, berenang, berbasikal dan lain-lain untuk mengeluarkan peluh.

Apabila kita bergerak aktif, proses penghadaman akan lebih cepat berlaku dan membantu penerimaan nutrient daripada pemakanan kita.

Jadi, sama-sama kita menjaga pemakanan dan kecergasan badan agar kita sentiasa kekal cergas dan sihat. Jom amalkan gaya hidup sihat! :)


"Kesihatan merupakan salah satu kekayaan kepada kehidupan seorang jutawan."



Sumber rujukan: AO Tribe Edisi Jun 2014 






Wednesday, August 27, 2014

10 JENIS MAKANAN MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

Assalamu'alaikum,

Saya doakan anda sihat, bahagia, kaya dan bahagia...dunia akhirat.

Hari ini saya nak kongsikan 10 jenis makanan yang dapat membantu menurunkan berat badan. Mungkin ada di kalangan ada yang sudah mengetahui sesetengah daripada senarai yang saya berikan di bawah dan mungkin juga ada yang belum mengetahui.


Makanan-makanan ini hanya membantu kita menurunkan berat badan apabila kita menjaga pemakanan kita juga. Kalau tak jaga pemakanan, sila jangan bermimpi untuk mendapatkan berat badan yang ideal... hehehe

Antaranya ialah:



1. OAT: Oat adalah sejenis bijirin, bukan sahaja rasanya yang sedap, tetapi juga mengurangkan rasa lapar. Ianya mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.


2. TELUR: Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan pada masa yang sama, rendah kalori. Telur membantu untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik untuk badan.


3. EPAL: Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi Pectin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.


4. CILI HIJAU : Cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.


5. RUMPUT GANDUM : Ianya meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak dalam badan. Kombinasi terbaik untuk diet yang baik.


6. MADU: Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi. Madu juga merupakan makanan sunnah.


7. TEH HIJAU : Teh Hijau adalah salah satu minuman yang paling berkesan yang membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita. Minum 2 cawan teh setiap hari untuk hasil yang terbaik.


8. BAWANG PUTIH: Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria membantu mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik.


9. TOMATO: Tomato membantu membakar lemak dalam masa yang pantas. Ia juga membantu untuk mengelak dari mendapat sakit kanser. Ditambah dengan Vitamin A, Vitamin C, Kalsium dan Kalium yang tinggi termasuk kaya dengan Beta Karotena yang sangat berguna untuk mata.


10. COKLAT GELAP: Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti-radang yang membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan Serotonin dalam darah dan juga membakar lemak.


Semoga dapat membantu mereka yang berhajat nak menurunkan berat badan. Boleh la mula amalkan makanan dalam senarai di atas. Saya doakan anda berjaya menurunkan berat badan dan mendapat berat yang ideal.


Sumber: FB Page Cara Menyusukan Anak Dengan Betul

Sila like and share sekiranya article ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang di sekeliling anda :)




Tuesday, June 24, 2014

URUTAN SEMASA HAMIL


Assalamualaikum wbt.

Apa pandangan anda tentang mengurut semasa hamil? Baik atau buruk?

Dari segi logik dan kebiasaannya, urutan memang baik kerana dapat melegakan kesakitan yang dialami di badan selain melancarkan peredaran darah. Urutan juga mampu mengurangkan stress dan membuatkan kita lebih bertenaga dan segar.


Tetapi bagaimana pula dengan urutan semasa hamil?
Dari segi perubatan, para doktor kurang bersetuju untuk ibu-ibu melakukan urutan semasa kehamilan kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada kehamilan kerana bukan semua tukang urut arif tentang bahagian badan yang tidak sepatutnya diurut ketika hamil.

Lebih membimbangkan urutan dilakukan pada awal usia kehamilan 12 minggu ke bawah kerana dibimbangkan akan menjadi punca keguguran.

Tukang urut yang terlatih dan berpengalaman lazimnya tidak akan mengurut terlalu kuat di bahagian otot paha dan betis kerana darah beku yang terbentuk di situ akan tertanggal dan memasuki saluran darah yang kemudiannya akan membentuk trombs (darah beku) dan menyebabkan serangan jantung.



Perlu diingatkan juga, urutan di bahagian abdomen walaupun secara lembut adalah tidak digalakkan sama sekali kerana boleh merangsang pengecutan rahim dan menyebabkan keguguran.

Selain itu, pergelangan kaki dan pergelangan tangan juga sekiranya diurut mampu merangsang otot-otot di bahagian abdomen dan pelvis yang akan menyebabkan rahim mengecut dan berlaku keguguran juga.

Hmmmm....bahaya juga kan? Jadi ibu-ibu seharusnya memandang berat akan hal-hal urutan ini ketika kehamilan.



KEBAIKAN URUTAN SEMASA HAMIL
  1. Tekanan ketika hamil menyebabkan ibu-ibu mudah letih, tidak bertenaga, mudah marah dan tertekan. Urutan membantu mengurangkan kepekatan norepinephrine dan kortisol yang menjadi punca tubuh mengalami tekanan.
  2. Tubuh akan lebih tenang dan bersemangat kerana urutan yang bagus akan meningkatkan kepekatan hormone dopamine dan serotin. Hormon-hormon yang sama ini juga akan membantu mengurangkan komplikasi ketika dalam proses melahirkan bayi kelak.
  3. Mengurangkan bengkak di bahadian sendi tubuh.
  4. Memperbaiki system ketahanan tubuh bagi melawan penyakit, jangkitan kuman dan virus.
  5. Memperbaiki pola tidur agar dapat tidur dengan lebih nyenyak.
  6. Mengurangkan kesakitan biasa ibu hamil iaitu sakit pinggang dan belakang tanpa perlu mengambil ubat tahan sakit


GOLONGAN BERISIKO BERURUT SEMASA HAMIL

Golongan berikut adalah tidak dibenarkan  untuk berurut sepanjang tempoh kehamilan:-
  • Menghidap tekanan darah tinggi ketika hamil.
  • Pernah melahirkan bayi pramatang.
  • Pernah mengalami keguguran.

APA YANG PERLU TAHU SEBELUM BERURUT?
  • Maklumkan usia kehamilan setiap kali sebelum berurut kepada tukang urut.
  • Maklumkan juga sekiranya terdapat bahagian badan yang sensitif (rasa tidak selesa). Jadi, memerlukan bantak tambahan supaya kekal selesa sepanjang sesi urutan.
  • Jika bau minyak urut terlalu kuat, minta tukang urut hanya menggunakan losyen tanpa pewangi ketika mengurut.
  • Berwaspada sekiranya tukang urut menggunakan minyak pati ketika mengurut ketana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan.
  • Sentiasa ingatkan tukang urut agar melakukan urutan ringan sahaja walaupun dia perlu menekan ke dalam bahagian otot bagi melegakan ketidakselesaan yang dialami.





Sumber Rujukan: Majalah Pa&Ma Julai 2014

Nota: 
Artikel ini adalah sebagai rujukan dan peringatan kepada diri saya sendiri dan juga kepa ibu-ibu hamil di luar sana. Semoga bermanfaat. Sila like dan share sekiranya anda rasakan ianya bermanfaat kepada orang lain juga.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...