Labels

Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Saturday, November 8, 2014

10 SEBAB MEALSHAKES PERLU UNTUK ANAK KITA


Saya doakan pembaca blog ibu-humaira semua sentiasa di bawah payungan rahmat Ilahi. Kaya dan berjaya dunia dan akhirat. 

Anak saya Ikram dan Umar adalah antara kanak-kanak yang mengambil Mealshakes setiap hari. Dan hasilnya Alhamdulillah mereka semakin sihat dan jarang dijangkiti demam, batuk dan selsema. Sembelit jugak semakin pulih.

Sangat mudah untuk menyediakan Mealshakes untuk mereka setiap hari. Hanya campurkan 1 sudu kecil ke dalam susu mereka setiap pagi untuk melengkapkan nutrisi seharian mereka. 




Banyak sebab mengapa saya memilih Mealshakes untuk anak-anak saya. Ye lah kan, ibu mana yang tak nak tengok anak sihat sentiasa. Ini merupakan salah satu usaha saya supaya mereka sentiasa mendapat cukup zat dan kekal sihat sepanjang hari.

Jangan salah faham ye. Mealshakes ni bukan hanya untuk kanak-kanak. Tetapi jugak untuk seisi keluarga. Sangat sesuai bagi mereka yang jenis susah nak telan pil.

Hari ni saya nak kongsi 10 SEBAB MEALSHAKES PERLU UNTUK ANAK KITA.


Ramai kanak-kanak yang memilih makanan. Paling susah nak paksa makan mestilah sayur kan. Kadang-kadang lauk pun memilih. Mana lah nak dapat zat yang sepenuhnya daripada pemakanan harian.

Bukan setakat kanak-kanak, warga emas juga  bila dah sampai umur 60-an ada yang selera makin berkurangan. Jadi, sangat sesuai untuk mengambil Mealshakes ni bagi memastikan mereka mendapat khasiat yang secukupnya.



SEBAB 1 : KARBOHIDRAT

Kandungan karbohidrat dengan kandungan Glisemil Indeks Rendah  dapat mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Sesuailah dengan aktiviti harian anak-anak kita yang sangat padat. Pagi ke sekolah kebangsaan, tengah hari ke sekolah agama, petang bersukan. 


SEBAB 2 : PROTEIN

Mealshakes kaya dengan protin yang lengkap dengan 9 amino acids dan tidak mengandungi laktosa. Kelebihannya adalah dapat membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.


SEBAB 3 : VITAMIN A, C DAN E

Kandungan vitamin-vitamin ini adalah sebagai agen anti-oksida yang bertindak untuk melawan jangkitan, mengekalkan kesihatan kulit dan memperbaiki sel-sel badan. Apabila cukup nutrisi, kanak-kanak tidak mudah terkena masalah kulit sensitif dan sel-sel baru pada badan tumbuh dengan baik.


SEBAB 4 : SERAT

Kaya dengan serat yang membantu sistem penghadaman mereka. Ada sesetengah kanak-kanak yang susah nak minum air kosong. Mau nya tak sembelit kan? Jadi, dengan pengambilan Melshakes setiap hari, InsyaAllah dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah sembelit. 


SEBAB 5 : VITAMIN B

Vitamin B dapat membantu pelajar lebih fokus pada pelajaran mereka. Siapa yang nak anak yang lemau dan tidak bermaya semasa belajar kan? 

Jadi Mealshakes merupakan pilihan yang tepat untuk anda yang mempunyai anak-anak yang sedang belajar supaya mereka dapat memberikan perhatian sepenuhnya ke arah menjadi pelajar cemerlang. 

Selain itu ia juga dapat memelihara kesihatan sistem saraf.


SEBAB 6 : SODIUM DAN MAGNESIUM

Aktiviti harian yang padat tambahan di luar rumah dengan cuaca yang panas menjadikan kanak-kanak berpeluh dan kehilangan banyak air. Sodium dan magnesium dapat membantu keseimbangan cecair dalam badan supaya kurang rasa letih. 


SEBAB 7 : VITAMIN C

Vitamin C perlu untuk kesihatan gusi, gigi, kulit dan untuk menetang infeksi kuman. Anak-anak yang kerap dema, batuk dan selsema jugak sangat bangus amalkan Mealshakes untuk mencegah dan mempercepatkan pemulihan.


SEBAB 7 : VITAMIN A

Vitamin A ni untuk kesihatan mata. Kalau tak dijaga dari awal, kecil-kecil dah nak kena pakai cermin mata. Lebih baik di elak sebelum terkena kan?


SEBAB 9 : KALSIUM DAN VITAMIN D

Kanak-kanak yang sedang membesar memang memerlukan untuk kesihatan dan pembentukkan gigi dan tulang. 


SEBAB 10 : IRON DAN B12

Ada tak anak-anak anda selalu letih dan pucat? Hati-hati ye. Takut takut terkena anemia yang mana kekurangan sel darah merah, Iron dan B12 di dalam Mealshakes perlu untuk pembinaan sel darah merah di dalam badan.


10 sebab dan sedikit penerangan kenapa Mealshakes perlu untuk anak kita. 

Jadi ibu harus buat pilihan yang bijak untuk kesihatan anak-anak :)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk mendapatkan produk ini atau produk Shaklee yang lain? Boleh hubungi saya melalui :

Facebook: Rozaida Ahmad
SMS/Whatsapp: 012-561 0924
email: idahiryns@gmail.com


*Free consultation*
*Affordable Price*
*Business Opportunity with SHAKLEE*
*Jana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan Shaklee... 2, 3, 4, 5 angka....anda yang tentukan :)






Thursday, October 9, 2014

MUMMY AND ME!! DOUBLE HAPPINESS!


Saya doakan pembaca blog ibu-humaira semua sentiasa di bawah payungan rahmat Ilahi. Kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Oktober sudah masuk minggu ke dua. Promosi ESP dan Mealshake masih berjalan sehingga 31 Oktober ini,

Promo ESP kembali. BUY 6 FREE 1!! Pertama kali dalam sejarah Shaklee bagi promo ESP 2 KALI setahun. Kadang-kadang lebih setahun baru jumpa balik promo ni.


Promosi ESP - BUY 6 FREE 1

Manakala promosi MEALSHAKE pula promosi dalam sejarah BUY 3 FREE 1 selama 2 bulan!

Promosi Mealshake BUY 3 FREE 1

Kedua dua jenis suplemen ini WAJIB untuk saya sekeluarga. Saya sebagai ibu yang sedang menyusu sudah pasti ESP menjadi peneman setia supaya susu yang diberikan kepada anak saya berkhasiat sepenuhnya.


MEALSHAKES UNTUK IKRAM DAN UMAR

Mealshakes pula menjadi pelengkap nutrisi anak-anak saya. Dengan izin Allah, Mealshake merupakan perisai anak-anak saya. 

Mealshakes merupakan MULTIVITAMIN dalam bentuk powder. Boleh dibancuh dengan apa juga minuman selain yang berkafein. Boleh juga dibancuh dengan air kosong saja sebab dah ada perisa Vanilla. Sedap! Anak-anak saya memang suka dan tak pernah menolak.  

Muhammad Ikram Thaqif (5 Tahun)
Muhammad Ikram Thaqif (5 Tahun) 

Setiap pagi wajib sediakan Kokomin (koko pracampur madu dan kurma) ditambah dengan Mealshakes sebelum ke sekolah. Supaya di sekolah Ikram tidak 'lemau' dan dapat tumpukan perhatian pada pelajaran.

Alhamdulillah, sejak konsisten minum Mealshakes, Ikram sentiasa sihat. Dah lama tak demam.

Cuma Ikram jenis yang kerap bersin dan akan berair hidung. So saya akan pastikan Ikram ambil Chewable Vitamin C jugak. Alhamdulillah, dengan izin Allah, bila konsisten tiada lagi masalah tu :)
Muhammad Umar Qayyim (1 Tahun 8 bulan)

Muhammad Umar Qayyim (1 Tahun 8 bulan)
Untuk Umar pulak, memandangkan dia dah tak menyusu, saya akan campur setengah susu Mealshakes setiap hari ke dalam susu formula Umar.

Umar agak memilih makanan. Memang susah nak makan nasi. Jadi, untuk memenuhi nutrisi harian Umar, saya pilih Mealshakes.

Alhamdulillah, Umar juga jarang demam.



Sangat rugi kalau tak ambil peluang ni untuk stok sendiri sebab ESP dah jadi teman setia dan Mealshake juga sebagai pelengkap nutrisi anak-anak saya ;)

Sebagai ibu, haruslah mengambil berat tentang kesihatan anak-anak. Bak kata pepatah:

                                            "Mencegah lebih baik dari mengubati"

Itu lah yang saya amalkan untuk kami sekeluarga. Dengan izin Allah dan Shaklee sebagai asbab kesihatan kami yang baik. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk mendapatkan produk ini atau produk Shaklee yang lain? Boleh hubungi saya melalui :

Facebook: Rozaida Ahmad
SMS/Whatsapp: 012-561 0924
email: idahiryns@gmail.com


*Free consultation*
*Affordable Price*
*Business Opportunity with SHAKLEE*
*Jana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan Shaklee... 2, 3, 4, 5 angka....anda yang tentukan :)


Monday, September 8, 2014

RAHSIA BERJAYA MENYUSU 6 BULAN SECARA EXCLUSIVE

Assalamu'alaikum...

Saya doakan anda semua sentiasa kaya dan berjaya. Dunia dan akhirat.

[ 04-Mac-2014 ~ 04-September-2014... ]

Alhamdulillah, genap 6 bulan usia Humaira dan genap jugak lah fasa pertama penyusuan susu ibu secara eksklusif. Bersyukur sangat sebab doa saya di perkenankan.


InsyaAllah saya akan teruskan untuk fasa seterusnya dengan izin Allah. Dan yang pasti, saya perlu usaha. Tidak cepat melatah dan tidak mudah putus asa. Doakan saya ye :)

Sepanjang penyusuan eksklusif selama 6 bulan ni, banyak jugak cabarannya. Alhamdulillah dapat diharungi tanpa putus asa.

Saya hanya bekerja dari rumah. Jadi memang rasa sangat rugi dan berdosa kalau tak menggunakan peluang keemasan ni untuk menyusukan bayi sepenuhnya sedangkan saya memang tahu khasiat dan kelebihannya.


TUNTUTAN MENYUSUKAN ANAK


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 233).

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)


SET MENYUSU SHAKLEE BANYAK MEMBANTU

Sejak mengandungkan Humaira lagi memang saya dah amalkan suplemen Shaklee. Memang banyak perbezaannya dengan kehamilan yang lepas.

Boleh baca perkongsian saya mengenai Set Bersalin Shaklee di sini (sila klik). Set Bersalin merangkap Set Menyusu ni set yang sama saya ambik daripada mengandung cuma semasa bersalin saya cuma tambahkan Alfalfa dan Zinc bagi memenuhi naluri keibuan dan tuntutan agama untuk menyusukan Humaira secara eksklusif.

Untuk pengetahuan anda, 2 jenis suplemen paling 'hot' bertindak sebagai MILK BOOSTER di dalam set ini adalah Alfalfa dan jugak Energy Soy Protein yang lebih dikenali sebagai ESP.



Alhamdulillah, apabila mengamalkan Set Menyusu ni, rezeki susu untuk Humaira sentiasa cukup. Suplemen yang lain juga memainkan peranan yang penting untuk membantu saya supaya tidak letih yang menyebabkan susu juga semakin berkurang.


PERANAN SUPLEMEN DALAM SET MENYUSU

Di dalam Set Menyusu Shaklee ni terdapat 8 jenis suplemen. Saya akan terangkan satu persatu fungsi setiap suplemen. Yang pasti saya memang mengamalkan kesemua suplemen ini bukan sahaja untuk membantu menambahkan susu tetapi untuk kekal sihat dan cergas.


  1. VITALEA (Multivitamin) - Untuk kesihatan & kecergasan badan selepas bersalin supaya kekal cergas dan bertenaga.

  2. B COMPLEX - Anti stress, terutama bila ibu kurang tidur semasa dalam pantang.

  3. VITAMIN C - Tingkatkan sistem imunisasi ibu & anak.

  4. ZINC - Cepatkan penyembuhan luka (terutamanya untuk yang bersalin secara ceaserean). Juga membantu mengurangkan keguguran rambut selepas bersalin.

  5. ALFAFA - Sebagai milk booster, herba untuk membantu menambahkan penghasilan susu.

  6. ESP PROTEIN - Dalam susu ibu, komposisi terbesar adalah PROTEIN. Dengan ESP, dapat membantu memekatkan susu ibu agar bayi akan lebih cepat kenyang. Juga membantu untuk kecergasan badan serta kecantikan kulit ibu dan bayi.

  7. OSTEMATRIX (Calcium & Magnesium) - Kalsium berfungsi untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat, membantu masalah susu merudum ketika haid dan membantu merawat sakit badan dan belakang. Komposisi terbesar dalam susu ibu selepas protein adalah kalsium. Jadi, semua kalsium dlm badan ibu akan disalurkan ke susu untuk bayi. Kalau ibu tidak cukup keperluan kalsium, ibu akan mudah mendapat osteoporosis, sakit-sakit tulang & gigi luruh.

  8. OMEGAGUARD (DHA) - Untuk pastikan susu ibu cukup keperluan DHA untuk perkembangan otak bayi. Juga membantu membakar lemak agar ibu cepat kurus semula selepas bersalin.

TESTIMONI PENGGUNA SET MENYUSU SHAKLEE

TESTIMONI 1


TESTIMONI 2


TESTIMONI 3


TESTIMONI 4


TESTIMONI 5




DOA BANYAKKAN SUSU IBU





Jom sama-sama kita jayakan misi menyusukan bayi secara ekslusif. Saya doakan usaha ibu-ibu dipermudahkan dan diberkati.

Setiap anak telah ditetapkan rezeki bagi mereka. InsyaAllah kita pasti berjaya! :)

Semoga dengan susu yang diberikan kepada bayi kita menjadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah, taat kepada perintah Allah. Amin...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk mendapatkan produk ini atau produk Shaklee yang lain? Boleh hubungi saya melalui :

Facebook: Rozaida Ahmad
SMS/Whatsapp: 012-561 0924
email: idahiryns@gmail.com



*Free consultation*
*Affordable Price*
*Business Opportunity with SHAKLEE*
*Jana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan Shaklee... 2, 3, 4, 5 angka....anda yang tentukan :)



Thursday, August 21, 2014

RAWAT SENGGUGUT SECARA SEMULAJADI

Assalamu'alaikum...

Saya doakan anda semua kaya, bahagia dan berjaya dunia akhirat.

Ada tak antara anda atau ahli keluarga yang mengalami masalah senggugut?? Saya pasti ramai yang pernah dan sedang mengalaminya. Memang amat menyakitkan. Hanya yang mengalaminya saja yang tau.
Ada yang pernah mengalami?

Alhamdulillah, seumur hidup saya, saya tak pernah terkena senggugut yang teruk. Cuma sakit perut biasa-biasa saja. Selebihnya sengal-sengal pada pinggang.

Tapi saya pernah melihat beberapa orang kawan yang mengalami senggugut tang teruk masa zaman belajar dulu. Antaranya rakan sebilik saya di asrama. Penyelesaiannya lapik atas perut dengan kain batik atau selimut dan tuamkan dengan iron panas.

Macam ni lah keadaan wanita yang mengalami senggugut ataupun PMS setiap bulan. Bahkan ada yang lebih teruk daripada ni. Kesian kan? Tapi sampai bila?

Saya yakin ramai jugak yang tak pernah tau cara ni. Kelakar pon ada tapi bahaya kan? Zaman sekarang dah ada tunku moden. Tak perlu nak buat cara tu lagi.

Tapi sampai bila nak ulang benda ni selagi kita tak cari ubat dan jalan keluar untuk mengubat senggugut ni?

Paling ramai yang ambil pain killer ataupun paracetamol sebagai jalan mudah bagi meredakan kesakitan mereka tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang.

Ubat-ubatan sintetik (pain killer)

Teringat saya kisah yang diceritakan oleh kawan saya tentang seorang kakak yang berniaga sarapan pagi. Amat menyedihkan apabila beliau terpaksa memulakan dialisis seawal usia 40 tahun.

(klik sini untuk penerangan lebih lanjut tentang dialisis)

Proses dialisis sedang dijalankan

Apabila ditanya, rupanya dari zaman remaja beliau memang mengamalkan ubat tahan sakit ataupun paracetamol bila senggugut menyerang. Kesannya?? Beliau terpaksa menjalani dialisis ni seumur hidup.

Nampak tak betapa bahayanya kesan jangka masa panjang bila kita mengamalkan ubat sintetik ni?


KESILAPAN BESAR APABILA SENGGUGUT

Ramai di kalangan wanita yang mengalami senggugut ataupun PMS mengambil jalan mudah dengan menelan pain killer apabila sakit menyerang tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang.

Mereka ini memang tiada pilihan ataupun tidak tahu ada pilihan lain selain daripada mengambil pain killer. Mungkin mereka fikir itu sahaja satu-satunya cara yang ada.

Vitamin Semulajadi VS Vitamin Sintetik. Mana satu pilihan anda?

Sekali sekala mungkin ok, itupun jika dengan dos yang ditetapkan. Pengalaman saya, ada jugak kawan-kawan yang mengalami senggugut yang teruk. Bila sakit datang, sekali telan pain killer 3 - 4 biji. Itu baru sekali. 

Cuba bayangkan ssetiap kali sakit 2 ke 3 hari pada setiap bulan. Bermula dari remaja smpailah umur meningkat dewasa. Dah berapa banyak pain killer yang di ambil?

Kaum lelaki; suami, ayah, abang... ambil tahu jika ada ahli keluarga anda yang kerap mengamalkan pain killer semasa senggugut atau PMS jika tidak mahu mereka berisiko kerosakan buang pinggang.


ATASI SECARA SEMULAJADI

Rasa berdosa pulak jika saya tidak kongsikan cara semulajadi yang sata tahu. InsyaAllah dengan cara ini dapat membantu menghilangkan ataupun paling tidak mengurangkan sakit yang di alami. Dah ada pelanggan saya yang mengambil SET KESUBURAN yang mengamdungi GLA COMPLEX ni dan hasilnya Alhamdulillah, senggugut dah hilang.



Cara ini lebih selamat kerana tidak menggunakan bahan-bahan kimia dan dadah seperti yang terdapat di dalam ubat tahan sakit. GLA COMPLEX tidak mempunyai perisa, pemanis, pewarna dan bahan pengaet tambahan. Ianya daripada bahan-bahan semulajadi dan pastinya selamat.


Sumber asli GLA COMPLEX terdiri daripada borage seed (17%-25%), Blackcurrent (15%-20%) dan EPO (Evening Primerose Oil ; 7%-10%). 

Kebanyakan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan dari EPO, manakala GLA Shaklee diekstrak dari borange yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.

Selain daripada menghilangkan sakit senggugut, GLA COMPLEX juga dapat mebetulkan hormon supaya kitaran haid tidak berterabur dan konsisten setiap bulan.

Apabila hormon dan stabil, secara automatik dapat membantu kita menghilangkan sakit kepala, keguguran rambut, mencantikkan kulit, mengurangkan jerawat dan jugak sebagai persediaan untuk mereka yang bercadang nak mendapatkan zuriat.


KELEBIHAN DAN KHASIAT GLA COMPLEX



  • Borage seed membantu untuk merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal hormon lelaki dan wanita dan memperbaiki simptom PMS
  • Melambatkan proses menopaus - memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, dan depresi. Juga membantu melambatkan penuaan jika di ambil dalam jangka masa panjang.
  • Memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Merupakan anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun yang sekaligus menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflamasi kulit - eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki penuaan kulit, tinea dan kurap.
  • Menghalang komplikasi diabetes - merendahkan kadar gula dalam darah.
  • Menghalang kenaikan berat badan jika diambil semasa perut kosong (elak keasidan hiper).
  • Menghalang tekanan darah tinggi.
  • Memperbaiki tekstur rambut.
  • Minyak ikan GLA memperbaiki keadaan kanak-kanak autisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.  


TESTIMONIAL PENGGUNA 

Alhamdulillah. Sehingga ke hari ini, GLA COMPLEX dah membantu ramai menyelesaikan masalah tambah-tambah berkaitan dengan hormon seperti:-


  • Mengurangkan masalah sakit senggugut
  • Haid tidak teratur
  • Masalah kesuburan wanita (dah ada yang berjaya hamil dengan set kesuburan Shaklee)
  • Mengecilkan fibroid dan cyst.
Antara testimoni pengguna GLA COMPLEX Shaklee yang mengalami senggugut:

TESTIMONI 1


TESTIMONI 2


TESTIMONI 3



TESTIMONI 4


TESTIMONI 5


TESTIMONI 6


TESTIMONI 7



Masih berfikir-fikir? Hmmm... jangan nanti menyesal tak sudah ye. Dialisi bukan satu proses yang pendek, tapi SEUMUR HIDUP!!

Dapatkan GLA COMPLEX untuk diri sendiri ataupun ahli keluarga anda yang mengalami masalah senggugut dan berkaitan dengan hormon. Jika dah cuba cara lain tidak berkesan, apa salahnya mencuba yang ini pulak.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk mendapatkan produk ini atau produk Shaklee yang lain? Boleh hubungi saya melalui :

Facebook: Rozaida Ahmad
SMS/Whatsapp: 012-561 0924
email: idahiryns@gmail.com



*Free consultation*
*Affordable Price*
*Business Opportunity with SHAKLEE*
*Jana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan Shaklee... 2, 3, 4, 5 angka....anda yang tentukan :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...