Labels

Friday, December 5, 2014

7 TIPS PEMAKANAN SIHAT



Alhamdulillah. Masih lagi diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini.

Di doakan pembaca semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk hari ini dan hari mendatang.

Adakah anda menjaga pemakanan anda setiap hari? Ramai di antara kita bekerja dan tidak mempedulikan jadual pemakanan mereka yang betul. Makan tidak megira waktu ataupun ada juga yang tidak makan dek kerana terlalu sibuk dengan tugas di pejabat.

Tahukah anda bahawa para jutawan sangat menitik beratkan pemakanan yang sihat.

"Kesihatan merupakan salah satu kekayaan kepada kehidupan seorang jutawan"

Ye lah kan. Kalau tidak mempunyai kesihatan yang baik, bagaimana nak jadi seorang jutawan?


KERUGIAN SEKIRANYA TUBUH TIDAK SIHAT

  1. Tidak dapat memberikan tumpuan pada pekerjaan yang menyebabkan prestasi menurun.
  2. Sekiranya kesihatan semakin teruk, terpaksa mengambil cuti sakit.
  3. Minda tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menghasilkan idea-idea yang bernas.
  4. Tidak dapat berfikir dengan baik tatkala perlu membuat sesuatu keputusan penting.
  5. Kerugian dalam perniagaan kerana prestasi yang menurun.


Diet seimbang sangat penting dan harus dititik beratkan. Secara purata, kaum lelaki memerlukan lingkungan 2500 kalori sehari, manakala kaum wanita pula dalam lingkungan 2000 kalori sehari.


7 TIPS PEMAKANAN SIHAT

Nutrien yang cukup amat penting dalam pemakanan kita setiap hari. Saya kongsikan 7 tips mudah untuk adan di sini.

1. Makanan Berkanji


Kanji mempunyai serat yang tinggi dan boleh memberikan kita rasa kenyang yang lama. Hanya ambil 1/3 daripada pemakanan harian. 
Contoh makanan berkanji: nasi, kentang, bijirin, pasta dan roti. 
2. Makan Sayuran & Buah-buahan

Sayuran dan Buah-buahan merupakan pelengkap nutiri seharian kita. Ia mempunyai pelbagai sumber nutrisi. Boleh dimakan seberapa banyak sekali pun.
3. Makan Ikan

Protein juga penting dalam diet seimbang. Ikan mengandungi vitamin serta mineral yang tinggi. Antara nutrisi yang terkandung dalam ikan ialah Omega-3 yang dapat membantu mencegah masalah sakit jantung. 
Pilihlah ikan yang segar bagi mengelakkan bahan pengawet yang terkandung di dalam ikan segera di dalam tin.
4. Kurangkan Gula
Tahukah anda? Penyakit yang paling popular di Malaysia ialah diabetis ataupun kencing manis. Pengambilan gula secara berlebihan akan memudaratkan kesihatan kita.
5. Kurangkan Garam

Tambahkan garam secukup rasa ke dalam makanan. Jika berlebihan, boleh menjadi penyumbang kepada penyakit darah tinggi. Kurangkan garam dalam masakan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita.
6. Jangan Kehausan

Keperluan air dalam badan adalah 1 liter bagi setiap 25kg berat badan. Badan kita akan mengalami dehidrasi (kekeringan) sekiranya kurang pengambilan air pada hari itu. Pastikan kita minum air yang mencukupi secara berkala setiap hari.
7. Sarapan Pagi
Sarapan perlu di ambil setiap pagi kerana sarapan merupakan sumber tenaga pertama yang akan dihadam oleh tubuh badan. Oleh itu, pastikan anda mengambil sarapan yang dilengkapi dengan diet pemakanan yang sihat. 

Selain daripada penjagaan makan yang baik, kecergasan tubuh badan juga perlu dilakukan se[erti berlari, berenang, berbasikal dan lain-lain untuk mengeluarkan peluh.

Apabila kita bergerak aktif, proses penghadaman akan lebih cepat berlaku dan membantu penerimaan nutrient daripada pemakanan kita.

Jadi, sama-sama kita menjaga pemakanan dan kecergasan badan agar kita sentiasa kekal cergas dan sihat. Jom amalkan gaya hidup sihat! :)


"Kesihatan merupakan salah satu kekayaan kepada kehidupan seorang jutawan."



Sumber rujukan: AO Tribe Edisi Jun 2014 






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...