Labels

Monday, July 14, 2014

DAKWAH JALANAN FREE GAZA DI KULIM, KEDAH

Assalamualaikum wbt.. 

Allahumma Solli alla Muhammad.. 

Hati ini bagai diragut rasa pilu bila melihat saudara Islam kita yang ditindas di Gaza.. Jiwa ini sayu saat melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa terkorban oleh Sang Durjana Israel.. 



Jiwa kerdil ini meronta-ronta ingin membantu, namun hati tkecil ini tidak sehebat tentera Bridget Al-Qassam yg berjuang demi Palestine, Jiwa ini jugak tidak sekaya seperti penyumbang-penyumbang dana buat Palestine.

Tapi Jiwa yang kerdil ini hanya punya matlamat untuk berjuang mencari dana buat mangsa-mangsa Palestine. Walau terpaksa meredah panas demi meminta sumbangan buat mereka. 

Dikumpul semangat ini bersama sahabat-sahabat lain yang  terdiri drp golongan muda yang bukan ahli mana-mana badan NGO. Kami adalah anak muda yang tidak mampu berdiam diri utk melihat kesengsaraan saudara Islam di Palestine. 

Sehubungan itu, kami berbincang utk mengadakan program berbentuk dakwah.


PROJEK: DAKWAH JALANAN FREE GAZA



Tempat cadangan: 
  • Bazar Ramadan sekitar Kulim (Bln Puasa)
  • Shopping Mall/Giant/Tesco (Bulan Puasa/lepas Raya)
  • Tempat Awam (Tasik Kulim/Padang Awam Kulim)


Masa
  • Selepas Asar hingga jam 6 petang (Di bazar)
  • Jam 2 petang - 5 petang (Tempat Awam/Mall)


Objektifnya:
  1. Untuk menyampaikan maklumat tentang kekejaman zionis terhadap Gaza
  2. Mengutip dana dan disalurkan terus ke Akaun Aqsa Sharif/Aman Palestine
  3. Membuka minda masyarakat tentang pentingnya memboikot barang-barang keluaran Israel.


Harapan :
  1. Moga usaha yang kerdil ini dapat membantu saudara-saudara kita di Palestine.
  2. Memupuk jiwa yang murni buat anak-anak muda agar lebih prihatin terhadap isu semasa.
  3. Supaya Masyarakat mendapat pencerahan tentang Palestine.


Kerjasama :

Pihak kami juga berhasrat untuk bekerjasama dengan salah satu NGO di Malaysia yg bergiat aktif untuk Palestine. Kerjasama ini penting untuk meraih kepercayaan orang ramai untuk menderma. 

Melihat kpd masalah yg telah berlaku sebelum ini ada pihak yg tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dgn sindiket derma yg tidak Sah. Sehubungan itu, pihak kami akan bekerjasama dgn salah satu NGO tersebut. (AMAN PALESTIN/AQSA SHARIF)


Sukarelawan :
  1. Kami terdiri daripada golongan pelajar dan pekerja yang berumur lingkungan 20-an.
  2. Orang awam yang tidak terlibat mana-mana NGO
  3. Orang ramai digalakkan utk menjadi Sukarelawan.


Segala maklumat atau pendapat boleh dikongsikan bersama saya:

+6017 487 2290 sms/whatsapp/wechat
Facebook: Solihah Md Radzi
Email: solihahmdradzi@yahoo.com

Jazakallahu khairan Khasira...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel di atas di tulis oleh adik ipar saya. Saya masukkan di dalam blog ini untuk memanjangkan hasrat beliau untuk menjalankan aktiviti Dakwah Jalanan ini agar mendapat lebih ramai penyumbang atau sukarelawan.

Mohon Like dan Share artikel ini supaya dapat dipanjangkan lagi usaha murni beliau dan rakan-rakan untuk membantu saudara kita yang sedang terseksa di Palestine.

Sebarang kemusykilan boleh hubungi beliau seperti di atas.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...